Teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah dalam kajian yang dirangka adalah:
Guru menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. Dalam hal ini, guru memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya dengan lebih mendalam berdasarkan pengetahuan sedia ada dan kemahiran asas yang dikuasai.
2. Kaedah Perbincangan.
Teknik perbincangan adalah satu teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Sewaktu perbincangan dijalanlan, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan pandangan, atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik, sambil guru memandu serta mengarahkan pandangan-pandangan mereka ke satu prinsip atau pendapat menyeluruh.
Melalui teknik ini, murid-murid dapat memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas, mengutamakan pendapat-pendapat di samping bekerjasama dengan murid-murid lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. Dengan cara ini, penglibatan murid dalam pembelajaran amat menggalakkan. Pelajar akan kelihatan lebih cergas, berani dan tegas.
Bahan-bahan harus yang disediakan oleh guru perlu mempunyai skop yang khusus sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Selain itu, guru perlu hadkan topik perbincangan dan terangkan sesuai mengenainya bagu membolehkan murid-murid memahami apa yang dikehendaki dan dapat dibincangkan perkara itu dalam jangka masa yang dijangkakan. Dalam masa yang sama, guru harus bijak memberikan ruang dan menggalakkan murid-murid agar mereka berminat untuk berkerjasama serta mengemukakan soalan-soalan yang akan dapat mencungkil fakta-fakta dan mendorongkan murid-murid berfikir.
3. Kaedah Sumbangsaran
Teknik ini juga dikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming). Teknik ini berbentuk perbincangan dan ia membolehkan setiap ahli kumpulan berfikit secara kreatif dan aktif. Otak diperah untuk berfikir tanpa batasan dan dalam proses ini, idea-idea , pendapat dan pandangan yang dikemukan tidak boleh ditolak, walaupun idea-idea tadi kurang memuaskan dan tidak bermutu. Idea-idea itu harus diterima dan diperkemas kemudiannya. Murid-murid digalakkan menghuraikan pendapat-pendapat yang telah dikemukakan. Perkara yang dicadangkan oleh seorang murid diperkembangan oleh murid-murid lain sehingga idea atau pendapat tadi mengembang keperingkat yang lebih tinggi.
4. Kaedah Main Peranan
Teknik main peranan adalah satu teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ‘ambil peranan’ yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan sentiasa pula dikelolakan dalam situasi kumpulan. Melalui teknik ini, murid-murid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Teknik ini melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran yang diajar oleh guru.
Definisi Kerangka Operasional Kajian
Menjelaskan perkataan tertentu dalam kajian yang meragukan pemahaman bukannya mendefinisikan tajuk kajian. Cara untuk mendefinisikan ialah dengan memilih perkataan dan berikan definisi mengikut fahaman penyelidik bukannya berdasarkan kamus.
Kerangka konseptual dilakukan dengan mengemukakan bagaimana hubungan pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar. Hubungan ini mestilah mempunyai sokongan secara ilmiah seperti dari sumber-sumber rujukan ilmiah. Cara yang paling mudah ialah dengan mengambil kesimpulan daripada kajian orang lain yang relevan dengan pembolehubah yang dikaji.
Definisi Teoritikal Kajian
Kerangka teoritikal menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan. Ia menjadi panduan bagi menentukan orientasi penyelidikan yang akan dilakukan. Ia juga mengenal pasti apa yang menjadi minat pengkaji, soalan-soalan yang berlegar-legar di mindanya dan yang menjadi teka-teki. Satu kaedah untuk menentukan kerangka pemikiran ialah melalui tinjauan literasi dengan pembacaan yang berkait rapat dengan tajuk yang sedang dikaji. Tajuk jurnal, kata kunci dan maklumat-maklumat lain yang didapati sepanjang pencarian berkenaan, penyelidik akan berjumpa dengan konsep, model dan teori yang berbagai-bagai jenis. Yang boleh dibuat ialah memberi pengkelasan terhadap hasil dapatan tersebut untuk menjadi kunci utama kepada kerangka teoritikal nanti.
kerangka Teoritikal yang digunakan ialah:
Teori Metakognitif
merujuk kepada proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak untuk memahami rangsangan luar yang diterima melalui deria, membentuk konsep, membuat tafsiran, dan tindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan.
Mayor (1977)~ mentafsirkan pemikiran sebagai pengelolaan operasi-operasi mental dalam sistem kognitif dan digunakan untuk menyelesaikan masalah.
Teori pembelajaran berstruktur
-Melibatkan cara yang formal untuk menyampaikan kandungan pembelajaran
-Melibatkan teori kognitif
-Melibatkan kaedah untuk mengenalpasti pengetahuan dan gelagat seseorang
-Merupakan satu teori pengajaran guru yang dapat mempengaruhi pembelajaran pelajar.
Teori menyatakan bahawa setiap input akan menghasilkan output. Input boleh terdiri daripada apa-apa sahaja, konsep, proses atau idea. Apa-apa sahaja elemen input dan output akan menunjukkan sebagai hirarki sesuatu elemen. Ini bermaksud, sesuatu input itu adalah dikatakan sebagai pemboleh ubah (variable) manakala, output pula merupakan nilai unik yang terhasil daripada proses (operational) yang juga dikenali sebagai hukum (Strutural Learing Theory’s rules ).
Teori Pembelajaran Tingkahlaku
Teori pembelajaran tingkahku mentafsirkan pembelajaran sebagai satu perubahan di dalam tingkahlaku seseorang dalam suatu situasi. Teori ini mementingkan hubungan antara sebab dan akibat atau rangsangan gerak balas. Teori ini sesuai digunakan untuk menyampaikan pengetahuan kepada pelajar serta membina kemahiran-kemahiran dikalangan pelajar di mana pengetahuan dan kemahiran yang diajar dibahagikan kepada beberapa unit-unit kecil kemudian disampaikan satu demi satu dan diperkukuhkan secara sistematik sehingga prestasi pelajar mencapai pada tahap yang diingini. Perubahan tingkahlaku dapat dilihat dengan menyediakan ganjaran untuk prestasi yang baik dan hukuman untuk yang sebaliknya.