Thursday, December 10, 2009

Aktiviti 13: Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Berdasarkan kursus Psikologi Pendidikan/ Kaedah Mengajar/ Penaksiran Pembelajaran:
Teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah dalam kajian yang dirangka adalah:

1. Kaedah inkuiri
Guru menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. Dalam hal ini, guru memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya dengan lebih mendalam berdasarkan pengetahuan sedia ada dan kemahiran asas yang dikuasai.

2. Kaedah Perbincangan.
Teknik perbincangan adalah satu teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Sewaktu perbincangan dijalanlan, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan pandangan, atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik, sambil guru memandu serta mengarahkan pandangan-pandangan mereka ke satu prinsip atau pendapat menyeluruh.

Melalui teknik ini, murid-murid dapat memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas, mengutamakan pendapat-pendapat di samping bekerjasama dengan murid-murid lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. Dengan cara ini, penglibatan murid dalam pembelajaran amat menggalakkan. Pelajar akan kelihatan lebih cergas, berani dan tegas.

Bahan-bahan harus yang disediakan oleh guru perlu mempunyai skop yang khusus sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Selain itu, guru perlu hadkan topik perbincangan dan terangkan sesuai mengenainya bagu membolehkan murid-murid memahami apa yang dikehendaki dan dapat dibincangkan perkara itu dalam jangka masa yang dijangkakan. Dalam masa yang sama, guru harus bijak memberikan ruang dan menggalakkan murid-murid agar mereka berminat untuk berkerjasama serta mengemukakan soalan-soalan yang akan dapat mencungkil fakta-fakta dan mendorongkan murid-murid berfikir.

3. Kaedah Sumbangsaran
Teknik ini juga dikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming). Teknik ini berbentuk perbincangan dan ia membolehkan setiap ahli kumpulan berfikit secara kreatif dan aktif. Otak diperah untuk berfikir tanpa batasan dan dalam proses ini, idea-idea , pendapat dan pandangan yang dikemukan tidak boleh ditolak, walaupun idea-idea tadi kurang memuaskan dan tidak bermutu. Idea-idea itu harus diterima dan diperkemas kemudiannya. Murid-murid digalakkan menghuraikan pendapat-pendapat yang telah dikemukakan. Perkara yang dicadangkan oleh seorang murid diperkembangan oleh murid-murid lain sehingga idea atau pendapat tadi mengembang keperingkat yang lebih tinggi.

4. Kaedah Main Peranan
Teknik main peranan adalah satu teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ‘ambil peranan’ yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan sentiasa pula dikelolakan dalam situasi kumpulan. Melalui teknik ini, murid-murid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Teknik ini melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran yang diajar oleh guru.

5. Kaedah Simulasi.

Teknik simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar. Ia memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.

6. kaedah pengajaran berpandukan Kognitif (CGI- Cognitively Guided Instruction)

Pengajaran Berpandukan Kognitif merupakan satu pendekatan dalam pengajaran matematik yang menggalakkan suasana pembelajaran aktif (active learning) ,yang bermakna (meaningful), dapat membina pemikiran aras tinggi, berkesan dan berasaskan penyelidikan.Para guru menggunakan pendekatan pengajaran berpandukan kognitif berhasrat membantu pelajar untuk belajar secara lebih bermakna dan mengembangkan pemikiran aras tinggi. Dengan cara ini dapat membantu mereka membina apa yang pelajar tahu dan membantu mereka belajar dari rakan dalam kumpulan masing-masing. Dalam mengaplikasikan pendekatan pengajaran ini para guru perlu tahu dan memahami bahawa strategi-strategi yang digunakan oleh pelajar dalam penyelesaian masalah sebelum mereka diajar prosedur-prosedur formal.


Bina kerangka teoritikal/ konseptual / operasional kajian



Definisi Kerangka Operasional Kajian

Menjelaskan perkataan tertentu dalam kajian yang meragukan pemahaman bukannya mendefinisikan tajuk kajian. Cara untuk mendefinisikan ialah dengan memilih perkataan dan berikan definisi mengikut fahaman penyelidik bukannya berdasarkan kamus.




Definisi Kerangka Konseptual


Dalam kerangka konseptual, hal utama yang perlu dititikberatkan adalah hubungan suatu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain, terutamanya pembolehubah yang penting.
Kerangka konseptual dilakukan dengan mengemukakan bagaimana hubungan pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar. Hubungan ini mestilah mempunyai sokongan secara ilmiah seperti dari sumber-sumber rujukan ilmiah. Cara yang paling mudah ialah dengan mengambil kesimpulan daripada kajian orang lain yang relevan dengan pembolehubah yang dikaji.


Definisi Teoritikal Kajian

Kerangka teoritikal menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan. Ia menjadi panduan bagi menentukan orientasi penyelidikan yang akan dilakukan. Ia juga mengenal pasti apa yang menjadi minat pengkaji, soalan-soalan yang berlegar-legar di mindanya dan yang menjadi teka-teki. Satu kaedah untuk menentukan kerangka pemikiran ialah melalui tinjauan literasi dengan pembacaan yang berkait rapat dengan tajuk yang sedang dikaji. Tajuk jurnal, kata kunci dan maklumat-maklumat lain yang didapati sepanjang pencarian berkenaan, penyelidik akan berjumpa dengan konsep, model dan teori yang berbagai-bagai jenis. Yang boleh dibuat ialah memberi pengkelasan terhadap hasil dapatan tersebut untuk menjadi kunci utama kepada kerangka teoritikal nanti.


kerangka Teoritikal yang digunakan ialah:


Teori Metakognitif


merujuk kepada proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak untuk memahami rangsangan luar yang diterima melalui deria, membentuk konsep, membuat tafsiran, dan tindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan.



Mayor (1977)~ mentafsirkan pemikiran sebagai pengelolaan operasi-operasi mental dalam sistem kognitif dan digunakan untuk menyelesaikan masalah.


Teori pembelajaran berstruktur

-Melibatkan cara yang formal untuk menyampaikan kandungan pembelajaran
-Melibatkan teori kognitif
-Melibatkan kaedah untuk mengenalpasti pengetahuan dan gelagat seseorang
-Merupakan satu teori pengajaran guru yang dapat mempengaruhi pembelajaran pelajar.

Teori menyatakan bahawa setiap input akan menghasilkan output. Input boleh terdiri daripada apa-apa sahaja, konsep, proses atau idea. Apa-apa sahaja elemen input dan output akan menunjukkan sebagai hirarki sesuatu elemen. Ini bermaksud, sesuatu input itu adalah dikatakan sebagai pemboleh ubah (variable) manakala, output pula merupakan nilai unik yang terhasil daripada proses (operational) yang juga dikenali sebagai hukum (Strutural Learing Theory’s rules ).

Teori Pembelajaran Tingkahlaku
Teori pembelajaran tingkahku mentafsirkan pembelajaran sebagai satu perubahan di dalam tingkahlaku seseorang dalam suatu situasi. Teori ini mementingkan hubungan antara sebab dan akibat atau rangsangan gerak balas. Teori ini sesuai digunakan untuk menyampaikan pengetahuan kepada pelajar serta membina kemahiran-kemahiran dikalangan pelajar di mana pengetahuan dan kemahiran yang diajar dibahagikan kepada beberapa unit-unit kecil kemudian disampaikan satu demi satu dan diperkukuhkan secara sistematik sehingga prestasi pelajar mencapai pada tahap yang diingini. Perubahan tingkahlaku dapat dilihat dengan menyediakan ganjaran untuk prestasi yang baik dan hukuman untuk yang sebaliknya.

Aktiviti 12: PEMURNIAN

Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan pernyataan masalah, tujuan dan objektif kajian.

Tugasan Teknologi Maklumat Melalui Perdekatan Kontekstualisme

Matlamat Kajian:
Memberi pengukuhan dan kekuatan terhadap kemahiran asas pelajar dalam bidang teknologi maklumat agar boleh menjadi sumber penghasilan tugasan Bahasa Melayu dan perdagangan yang lebih bermutu.

Objektif Kajian:
1) Meneroka tahap pengetahuan pelajar dalam bidang teknologi maklumat.
2) Menilai penerimaan pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di sekolah
3) Mencungkil daya kreatif dan inovasi pelajar dalam mencorakkan penggunaan teknologi maklumat.


Pernyataan Masalah:
1) Bagaimana tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di sekolah
2) Adakah terdapat perubahan minat pelajar terhadap proses P&P dengan pengaplikasian teknologi maklumat.
3) Sejauh mana pengetahuan sedia ada dan pengalaman pelajar dalam teknologi maklumat dapat membantu pembelajaran pelajar dalam subjek Bahasa Melayu dan Perdagangan di sekolah.

Aktiviti 11: Tugasan 2: jurnal

Berdasarkan 3 jurnal, apakah pernyataan masalah dalam kajian dan bagaimana mereka melapor pernyataan masalah?

Tajuk jurnal 1: A First-Timer's Impressions Of Engaging In Action Research: A Case In Ethiopian Preservise Teacher Education.
Penulis : Adinew Tadesse Degago

Pernyataan masalah:
Pengkaji melihat persekitaran pendidikan berlaku percanggahan ideologi di antara guru-guru terhadap model pengajaran. Disebabkan tekanan yang dihadapi oleh guru-guru tersebut pengkaji merasakan sewajarnya guru mempunyai kemampuan dan kemahiran serta kreativiti dalam menentukan model pengajaran.

Kaedah Melapor Pernyataan Masalah:
Pengkaji melaporkan hasil maklumat yang diperoleh secara dasar pada peringkat awal melalui hasil jurnal pengajaran dan tugasan pelajar yang diberikan serta teks daripada perbincangan dalam talian. Dalam masa yang sama, pengkaji menggunakan hasil temubual bersama dengan pelajar untuk membuktikan beberapa faktor yang dikenalpasti dan bahagian-bahagian kursus yang membantu mereka dalam menjalankan kajian. Laporan keseluruhan memfokuskan kepada penambahbaikan terhadap permasalahan yang dikaji yang membawa kepada pengesyoran beberapa amalan pengajaran berkesan yang boleh digunakan oleh guru-guru yang mengambil kursus seminar pengajaran pada semester akhir di Universiti Haramaya, Ethiopia.


Tajuk Jurnal
2:
Who Is Conducting Teachers Research
Pengkaji : Debbie L. Hahs-Vaughn & Karen L. Yanowitz.

Pernyataan masalah:
Pengkaji mengenalpasti faktor jumlah guru yang terhad berbanding jumlah pelajar yang semakin ramai membataskan penghasilan kajian. Oleh itu, pengkaji mencari alternatif untuk melihat kesan dan perubahan masalah tersebut dari sudut sifat profesionalisme dan kredibiliti guru.

Kaedah Melapor Pernyataan Masalah:
Pengkaji melaporkan hasil kajian dengan menerangkan peranan sekolah sebagai organisasi yang digerakkan oleh penyertaan guru secara individu ataupun mengikut kaedah kolaboratif. Laporan merujuk beberapa peringkat untuk melihat perbandingan iaitu di peringkat daerah dan negeri dengan melibatkan sekolah rendah, menengah dan gabungan.

Tajuk jurnal 3: Impact of an Action Research Instructional Model: Student Teachers as Reflective Thinkers
Penulis : Alcione N. Ostorga
: Veronica Lopez Estrada
: University of Taxes-Pan America

Pernyataan masalah:

Pelajar dilihat tidak memahami topik pengajaran di dalam kelas melalui kaedah kuliah. Kebanyakkan guru lebih suka mengajar mengikut kehendak atau cara mereka sendiri sahaja iaitu kaedah kuliah. Latihan pembacaan secara lisan tidak pernah dijalankan di dalam kelas semasa proses P&P.

Kaedah Melapor Pernyataan Masalah:

Pengkaji mengajar secara sistem kelas (Round Robin Reading) mengandaikan kaedah pembacaan secara lisan dilihat lebih berkesan berbanding kaedah pengajaran secara kuliah dan kebanyakkan guru-guru baru lebih cenderung untuk menggunakan kaedah tersebut berbanding latihan berlandaskan kajian yang telah dipelajari.

Aktiviti 10: Tugasan 1: buku

Berdasarkan buku Using Action Research To Improve Instruction: An Interactive Guide for Teachers oleh John E. Henning, Jody M. Stone & james L. kelly , Perancangan yang dlakukan dalam mengenalpasti masalah kajian tindakan adalah seperti berikut:

1. meneliti persoalan kajian dengan membuat refleksi terhada tingkah laku pelajar, mengenalpasti masalah dan keperluan di dalam kawasan kajian.
2. mencari strategi pengajaran yang baru melalui pemantauan terhadap pelajar, bersoal jawab dengan guru-guru dan terlibat dalam aktiviti profesionalisme
3. mengenalpasti kajian lepas dan dijadikan sebagai panduan untuk menghasilkan strategi baru dan diaplikasikan di dalam kelas dalam proses P&P
4. mengenalpasti kaedah pengumpulan data yang diperlukan untuk menilai keberkesanan strategi pengajaran.

Friday, November 20, 2009

Aktiviti 9: Tugasan 4 (Kajian tindakan Mini)

Penggunaan teknologi Maklumat Melalui Kaedah Kontekstualisme di Dalam Pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di Sekolah
Matlamat Kajian:
Memberi pengukuhan dan kekuatan terhadap kemahiran asas pelajar dalam bidang teknologi maklumat agar boleh menjadi sumber penghasilan tugasan Bahasa Melayu dan perdagangan yang lebih bermutu.
Objektif Kajian:
  1. Meneroka tahap pengetahuan pelajar dalam bidang teknologi maklumat.
  2. Menilai penerimaan pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di sekolah
  3. Mencungkil daya kreatif dan inovasi pelajar dalam mencorakkan penggunaan teknologi maklumat.

Soalan kajian:

  1. Bagaimana tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di sekolah
  2. Adakah terdapat perubahan minat pelajar terhadap proses P&P dengan pengaplikasian teknologi maklumat.
  3. Sejauh mana pengetahuan sedia ada dan pengalaman pelajar dalam teknologi maklumat dapat membantu pembelajaran pelajar dalam subjek Bahasa Melayu dan Perdagangan di sekolah.

Aktiviti 8: Tugasan 4 (Kajian tindakan Mini)

Cadangan Mengatasi Kelemahan Dalam Kajian "Penggunaan teknologi Maklumat Melalui Kaedah Kontekstualisme di Dalam Pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di Sekolah"

Refleksi Individu:

Guru perlu mempunyai kemahiran untuk memikat minda pelajar untuk meminati teknologi maklumat dan cuba mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Refleksi Kumpulan:

  • Kolaborasi dengan pihak pentadbir dan pengurusan sekolah untuk menganjur dan melaksanakan kursus pencarian maklumat. Kursus-kursus jangka pendek untuk guru-guru dan para pelajar dapat memberi pendedahan untuk diaplikasikan dalam P&P. Kesedaran pihak sekolah dalam membudayakan budaya IT dikalangan warga sekolah dapat megurangkan warga yang buta IT atau tiada kemahiran asas IT untuk mempersiapkan diri dalam persaingan era globalisasi zaman sekarang yang serba canggih dan memerlukan warga yang celik IT dan berpotensi menggunakan kemahiran yang sedia.
  • Pengawalan pihak guru ketika pengajaran di makmal komputer.

Refleksi Rakan Kumpulan Lain:

Menggalakkan penglibatan para pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dalam bidang IT (Kognitif, afektik, psikomotor) seperti memberi tugasan yang memerlukan penggunaan IT seperti power point semasa pembentangan, blogger untuk perbincangan atau e-learning.

Aktiviti 7: Tugasan 4 (Kajian tindakan Mini)

Kelemahan Pengajaran "Penggunaan teknologi Maklumat Melalui Kaedah Kontekstualisme di Dalam Pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di Sekolah"
Refleksi Individu:
Kaedah pencarian atau perolehan maklumat yang rendah kerana tidak semua pelajar mempunyai kemudahan dan kemahiran untuk mencari maklumat melalui internet.
Refleksi Kumpulan:
  • Tidak semua pelajar mempunyai minat terhadap teknologi maklumat(mungkin juga wujud golongan technophobia)
  • Pelajar gemar mengambil kesempatan terhadap peluang memasuki makmal komputer.
  • Kekurangan kelengkapan dan kemudahan teknologi di sekolah. Kelengkapan yang sedia ada hanyalah digunakan untuk kegunaan pelaksanaan subjek IT semata-mata dan tidak dibudayakan di kalangan pelajar untuk mencari nota, membuat latihan atau mencari nota-nota ilmiah berkaitan pelajaran seharian di dalam kelas.

Refleksi rakan Kumpulan Lain:

Terdapat sesetengah pelajar di sesetengah sekolah tiada langsung kemahiran IT kerana tiada disediakan subjek yang berkaitan. Ini mungkin disebabkan tiada kesedaran di kalangan pentadbir sekolah tersebu untuk membudayakan kemahiran asas ini di kalangan pelajar. Terutamanya di sekolah-sekolah di luar bandar, hal ini juga mungkin disebabkan kekangan sesetengah sekolah yang tiada kemudahan asas komputer di sekolah seperti di sekolah pedalaman.

Aktiviti 6: Tugasan 4 (Kajian tindakan Mini)

Kekuatan Pengajaran "Penggunaan teknologi Maklumat Melalui Kaedah Kontekstualisme di Dalam Pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di Sekolah"
Refleksi Individu:
  • Melatih pelajar mengaplikasikan kemahiran teknologi maklumat berdasarkan kepada pengatahuan sedia ada dan pengalaman bagi memberi pemahaman dan penghayatan nilai terhadap subjek yang dipelajari.
  • Menggalakkan pemikiran kreatif pelajar.

Refleksi Kumpulan:

  • Membentuk daya inovasi pelajar dalam mempelbagaikan teknik teknologi maklumat.
  • Memberi pendedahan asas kepada pelajar yang kurang mahir @ 'buta IT' terutamanya kepada pelajar di luar bandar yang agak ketinggalan dalan hal berkaiatan It. Jadi sebagai seorang guru, tugas untuk merapatkan jurang keseimbangan pengetahuan IT di antara pelajar di bandar dan luar bandar akan dapat dilaksanakan.
  • Menggalakkan penghasilan bahan bantu belajar oleh pelajar sendiri
  • Memberi daya tarikan kepada pelajar terhadap proses P&P di dalam bilik darjah.

Refleksi Rakan Kumpulan Lain:

  • Membudayakan kemahiran pengaplikasian IT dalam kehidupan seharian terutamanya dalam konteks seorang pelajar yang akan menggunakan IT untuk mencari bahan-bahan ilmiah.

Friday, November 13, 2009

Aktiviti 5: Tugasan 1 (Buku)

Kepentingan guru novis (pelatih, novis, berpengalaman) melakukan kajian tindakan.

Sebagai seorang guru novis, banyak perkara baru yang perlu dikuasai dalam melaksanakan proses P&P yang lebih efektif dan berkesan serta mencapai objektif pengajaran. Antara sebab mengapa guru pelatih dan guru novis perlu menjalankan kajian tindakan di dalam pendidikan ialah:


1) Seorang guru perlu menguasai / mempunyai kemahiran yang tinggi tentang pelaksanaan P&P di dalam bilik darjah. Melalui kajian yang dijalankan akan dapat melihat keberkesanan P&P yang dijalankan dan boleh membuat penambahbaikan. Melaui kajian ini ianya dilihat dapat membantu dan menambahkan ilmu dalam kemahiran mengajar.


2) Kajian Tindakan yang dijalankan oleh seseorang guru tersebut secara langsung dapat mengembangkan kemampuan guru sebagai peneroka pengetahuan yang profesional. Guru sebagai seorang profesional tidaklah semata-mata mengamalkan pengetahuan yang dikemukakan oleh orang lain tetapi berupaya merintis jalan bagi menangani pelbagai masalah P&P.


3) Guru sebagai penyelidik haruslah mengkaji amalan bekerjanya sendiri serta kaitannya dengan keberkesanan pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya. Amalan bekerja iaitu amalan mengajar termasuklah cara guru berinteraksi dengan murid, latihan-latihan yang disediakan, gaya penyampaian, soalan-soalan yang digunakan dan sebagainya. Guru menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya. Oleh itu, lapangan kajian tindakan ini merupakan lapangan yang palig ssesuai untuk mengkaji masalah-masalah yang telah dikenal pasti supaya dapat dikenalpasti jalan penyelesaian seterusnya untuk proses penambahbaikan.


4) Setiap guru terutamanya perlulah perlu melakukan pengubahsuaian amalan P&P secara berterusan sehingga berlaku peningkatan dalam pencapaian murid pada tahap yang jauh lebih baik berbanding dengan keadaan sebelum kajian dijalankan. Sekiranya pencapaian murid meningkat setelah melakukan aktiviti P&P yang telah dirancang untuk menangani masalah yang wujud, bolehlah dirumuskan bahawa amalan pengajaran guru berkesan. Keberkesanan pengajaran guru meningkatkan kewibawaannya sebagai pendidik dan dengan itu tahap profesionalisme guru itujuga turut meningkat.


5) Proses kajian tindakan ini juga dapat memperlihatkan peningkatan keberkesanan amalan mengajar seseorang guru boleh dilihat melalui peningkatan prestasi pihak yang menerima perkhidmatan guru tersebut iaitu murid-murid. Melalui pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti P&P yang dijalankan di bilik darjah, guru mengumpul data secara terancang untuk mengesan kelemahan dan kekuatan aktiviti yang dilaksanakan. Data yang telah dianalisis memberi gambaran yang jelas kepada guru tentang faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses P&P. Berpandukan kepada analisis data guru mengubahsuai amalan mengajar yang lalu supaya menjadi lebih berkesan. Proses mengutip data dan mengubahsuai amalan berlaku berulangkali sehinggalah berlaku peningkatan dalam prestasi murid.


6) Melalui kajian tindakan ini juga, guru cuba memahami proses pembelajaran murid-muridnya. Dengan memahami proses pembelajaran murid, guru boleh mengambil langkah untuk memperbaiki pengajarannya yang tidak berkesan. Kajian Tindakan yang memberi penekanan kepada langkah-langkah untuk membuktikan bahawa sesuatu pendekatan atau aktiviti pengajaran adalah lebih baik daripada yang lain atau untuk menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan sesuatu alat bantu dalam pengajaran tidak menepati matlamat untuk memperbaiki amalan guru.


7) Melahirkan guru yang kreatif,inovatif, holistik dan versetile, guru yang menjalankan kajian tindakan akan berusaha untuk menghasilkan kaedah dan pendekatan pengajaran dan membina bahan inovasi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti 4: Tugasan 1 Tajuk Mini Kajian Tindakan

Cadangan Tajuk Mini Kajian Tindakan:

"Penggunaan teknologi Maklumat Melalui Kaedah Kontekstualisme di Dalam Pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di Sekolah"
Permasalahan kajian:
Pelajar pada masa kini kebanyakkannya memiliki kemahiran penggunaan asas IT, namun mereka telah menyalahgunakan kebolehan yang ada itu ke arah yang salah seperti bermain 'game' di dalam cyber cafe atau melayari laman web yang tidak berfaedah. Kemahiran yang ada sewajarnya digunakan oleh pelajar untuk melakukan tugasan seperti power point, adope photoshop dan blog atau mencari bahan-bahan ilmiah sebelum bermulanya sesi pengajaran guru di sekolah.

Aktiviti 3- Tugasan 1 Kolokium

Kajian 1: Meningkatkan Minat Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Melalui teknik Gubahan Lirik Lagu.

Pembentang: Robiah Mohanad dan Siti Hajjar Hasnaa Yahya

Permasalahan kajian :
Dalam kajian ini, masalah yang dikenal pasti ialah kesukaran pelajar dalam mengingati fakta penting yang terdapat dalam subjek Pendidikan Islam. pengkaji menjalankan kajian untuk memudahkan tahap kefahaman dan membina keyakinan serta jati diri pelajar. kajian ini seterusnya mendorong minat pelajar untuk belajar dengan bersungguh dalam subjek tersebut dan mengaplikasikannya dalam kehidupan.

Hasil dapatan :
Kajian mendapati pelajar lebih mudah mengingati fakta melalui gubahan lirik lagu ciptaan sendiri. pelajar semakin berminat mempelajari subjek Pendidikan Islam kerana menggabungkan muzik dan lagu dalam pengajaran yang sebelum ini hanya tertumpu pada penerangan dan syarahan sahaja.

Ulasan Penulis:
Kajian yang dijalankan bersesuaian dengan maksud kajian tindakan. kajian ini menggunakan kaedah kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1998) iaitu refleksi, perancangan, tindakan dan pemerhatian. Pengkaji menggunakan 25 orang pelajar sebagai sampel kajian dan penglibatan pihak guru dan pelajar secara aktif menyumbang kepada hasil kajian yang memuaskan.


Kajian 2: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Pelajar dalam bab Ibadah Subjek pendidikan Islam Melalui Teknik Pantun

Pembentang: Nazriah Binti Alias Dan Nurul Hidayah Binti Md Yatin

Penyataan Masalah:
Himpunan topik yang pelbagai dalam subjek Pendidikan Islam memberi kesukaran kepada pelajar untuk mengingat fakta penting dalam sesuatu bahagian. Kebanyakan pelajar lebih menggunakan pendekatan pembacaan fakta tanpa mengingat fakta secara keseluruhan. Oleh itu, kajian tersebut dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan pendekatan pantun dan mengukur minat pelajar terhadap topik dalam bahagian ibadah dengan menggunakan pantun. Kaedah ini boleh memberi galakan dan menarik minat pelajar untuk memahami dan menghayati apa yang dipelajari.


Hasil Dapatan:
Hasil daripada kajian ini, pengkaji mendapati pelajar lebih aktif dalam pengajaran dan pembelajaran serta berlaku peningkatan potensi pelajar dalam subjek pendidikan Islam.

Ulasan Penulis:
Kajian tindakan ini dijalankan dengan menggunakan Gelung Kajian yang melibatkan merefleksi, merancang, bertidak dan memerhati. Kajian ini menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpulkan data seperti temubual, pemerhatian dan ujian. Data yang telah didapati kemudiannya dianalisis untuk mendapatkan keputusan kajian.Ia melihat dari sudut kaedah pengajaran dan proses pembelajaran berlangsung. Prosedur kajian yang dijalankan sesuai dengan maksud kajian tindakan.

Saturday, November 7, 2009

Aktiviti 2: Tugasan 2- Jurnal

Tajuk jurnal 1: A First-Timer's Impressions Of Engaging In Action Research: A Case In Ethiopian Preservise Teacher Education.
Pengkaji : Adinew Tadesse Degago
Abstrak :
Kajian ini mengkaji impresi atau tanggapan sepuluh orang guru pendidikan siswazah sebelum menjalankan perkhidmatan di Universiti Haramaya, Ethiopia terhadap kajian tindakan yang mereka lakukan sebagai sebahagian daripada kursus praktikum mereka. Perubahan yang berlaku terhadap diri para guru tersebut dilihat dari sudut penglibatan, cabaran dan penemuan pengalaman yang bersifat positif.

Permasalahan kajian:
Pengkaji melihat persekitaran pendidikan berlaku percanggahan ideologi di antara guru-guru terhadap model pengajaran. Disebabkan tekanan kontroversi tersebut pengkaji merasakan sepatutnya guru mempunyai kemampuan dan kuasa dalam menentukan model pengajaran.
Sampel kajian:Pelajar-pelajar yang bakal berkhidmat sebagai guru yang mengambil kursus seminar pengajaran pada semester akhir di Universiti Haramaya, Ethiopia

Kaedah kajian tindakan yang digunakan (prosedur):
1) Pengkaji mengenalpasti masalah yang berlaku.
2) Kajian semula
3) Pengkaji merancang tindakan yang hendak dilakukan.
4) Pengaji mengumpul datan dan menganalisis data yang telah diperolehi.

Pengumpulan dan penganalisisan data:
Pengkaji mendapatkan maklumat secara dasar pada peringkat awal melalui jurnal pengajaran dan tugasan pelajar yang diberikan serta teks daripada perbincangan dalam talian. Selain itu, pengkaji menjalankan sesi temubual bersama dengan pelajar untuk membincangkan faktor dan bahagian-bahagian kursus yang membantu mereka dalam menjalankan kajian. Dalam masa yang sama, pengkaji turut menjalankan kajian tindakan dengan mengubah amalan-amalan pengajaran dalam kursus berikutnya sebagai penambahbaikan terhadap masalah yang dikaji.
Sokongan:
Kemmis (1983): pembentukan refleksi kendiri oleh penyelidik di dalam situasi sosial untuk mempertingkatkan secara rasional amalan pendidikan. Kajian tindakan ini lebih berkesan sekiranya dilakukan secara kolaboratif namun ia masih boleh dilakukan secara individu dan kadangkala kerjasama pihak luar. Dalam sistem pendidikan, kajian tindakan dilakukan untuk perkembangan kurikulum sekolah, perkembangan profesional, perkembangan program sekolah dan perkembangan sistem perancangan dan polisi.
******************************************************

Tajuk Jurnal 2: Who Is Conducting Teachers Research
Pengkaji : Debbie L. Hahs-Vaughn
: Karen L. Yanowitz.

Abstrak:
Dalam kajian ini. pengkaji telah memberi fokus terhadap aspek peranan dan sifat seorang guru yang terlibat dalam menjalankan sesuatu kajian dalam bidang pendidikan. Selain itu, kajian ini turut menyatakan manfaat yang diperoleh hasil daripada kajian yang dijalankan. Di samping itu, penyediaan persekolahan yang selesa dan sistematik oleh pihak pentadbiran turut membantu memberi idea kepada para guru dan ahli organisasi sekolah yang terlibat dalam kajian tersebut.

Permasalahan kajian:
Pengkaji mendapati jumlah guru yang terhad berbanding jumlah pelajar yang semakin ramai membataskan hasil kajian. Pengkaji mencari alternatif untuk melihat kesan dan perubahan masalah tersebut dari sudut sifat profesionalisme dan kredibiliti guru.

Sampel kajian dan setting kajian:
Terdapat 49,184 data bilangan guru digunakan untuk di analisis di mana 78.9 % adalah guru wanita dan 21.1 % adalah guru lelaki. Data ini diperoleh daripada Schools and Stating Survey (SASS). Tujuan kajian ini dijalankan untuk membangunkan sebuah model untuk meramalkan sikap guru dan juga sekolah terhadap perlaksanaan kajian tindakan itu.

Kaedah kajian tindakan yang digunakan (prosedur):
Pengkaji merangka 4 buah model sebagai proses kajiannya.
Model 1: Menguji hubungan antara sikap guru dan kemungkinan penyertaan guru secara individu ataupun mengikut kaedah kolaboratif.
Model 2 : Menerangkan peranan sekolah sebagai sebuah organisasi yang bertindak untuk menguji keberkesanan model 1.
Model 3 : Melihat penglibatan pembangunan profesion dan faktor yang mempengaruhi penyertaan oleh guru dalam sesuatu kajian.
Model 4 : Menguji pengaruh secara serentak antara pembanguan profesion dengan guru dan peranan sekolah dalam pembangunan yang dikaji.

Pengumpulan dan penganalisisan data:
Sistem SASS yang diguna pakai menggunakan rek bentuk persampelan kebarangkalian stratified. Pada peringkat permulaan, sekolah awam dipilih kemudian pada peringkat ke-2 pula, sampel yang diambil sama ada mengikut daerah atau negeri. Peringkat ke-3 ialah persampelan mengikut peringkat tertentu seperti permulaan, rendah dan atau pun secara gabungan sahaja.

Sokongan:
Mills (2003):
Kajian tindakan ialah pertaanyaan secara sistematik yang dikendalikan oleh guru sebagai penyelidik untuk mengumpulkan maklumat tentang cara pengendalian sekolah, bagaimana guru mengajar dan bagaimana pelajar belajar. Maklumat dikumpulkan dengan satu matlamat yang ingin dicapai, membina perkembangan refleksi, memberi perubahan yang positif kepada persekitaran sekolah dan amalan pendidikan secara umum, dan meningkatkan perkembangan positif pelajar.
**************************************************
Tajuk jurnal 3: Impact of an Action Research Instructional Model: Student Teachers as Reflective Thinkers
Pengkaji: Alcione N. Ostorga
: Veronica Lopez Estrada
: University of Taxes-Pan America

Abstrak:

Kajian ini menguji tahap kefahaman pelajar terhadap topik pemgajaran yang dijalankan oleh guru melalui kaedah pembacaan lisan (Round Robin Reading) di dalam kelas. Membaca menggunakan kaedah Round Robbin Reading (RRR) merupakan pendekatan secara memanggil nama pelajar secara rawak untuk membaca selepas seorang pelajar habis membaca dan pendekatan ini dilihat begitu berkesan.
Permasalahan kajian:
Dalam kajian ini, Pelajar dilihat tidak memahami topik pengajaran di dalam kelas melalui kaedah kuliah. Kebanyakkan guru lebih suka mengajar mengikut kehendak atau cara mereka sendiri sahaja iaitu kaedah kuliah. Latihan pembacaan secara lisan tidak pernah dijalankan di dalam kelas semasa proses P&P.

Kaedah kajian tindakan yang digunakan (prosedur):
1) Pengkaji mengenalpasti masalah yang berlaku.
2) Kajian semula
3) Pengkaji merancang tindakan yang hendak dilakukan.
4) Pengaji mengumpul datan dan menganalisis data yang telah diperolehi.

Pengumpulan dan penganalisisan data:
Pengkaji mengajar secara sistem kelas (Round Robin Reading) mengandaikan kaedah pembacaan secara lisan dilihat lebih berkesan berbanding kaedah pengajaran secara kuliah dan kebanyakan guru baru lebih cenderung untuk menggunakan kaedah tersebut berbanding latihan berlandaskan kajian yang telah dipelajari. Pengkaji membanding beza tahap kefahaman pelajar sebelum dan selepas mengajar secara sistem kelas (Round Robin Reading). Kajian mendapati guru mengetahui kaedah terbaik untuk mengubah strategi pengajaran kepada corak pengajaran berlandaskan pengkajian.

Sokongan :
Elliot (1991:69):
Kajian mengenai keadaan sosial dengan gambaran bagi meningkatkan kualiti tindakan bertujuan untuk menyalurkan penilain praktikal dalam situasi yang konkrit, dan kesahan teori atau hipotesis.

Aktiviti 1: Tugasan 1 Buku

APA ITU KAJIAN TINDAKAN?
" Sebarang penyelidikan yang ditadbir secara sistematik oleh guru yang bertindak sebagai pengkaji, pengetua, guru kaunseling sekolah atau individu-individu yang berkepentingan dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran untuk mendapatkan maklumat tentang pengoperasian sekolah tertentu. Ia melihat dari sudut kaedah pengajaran dan proses pembelajaran berlangsung. "
(pengarang-pendidik Geoffrey Mills:2000)
Using Action Research To Improve Instruction An Interactive Guide for Teachers

Kajian tindakan adalah satu bentuk usahasama, siasatan rasmi secara mendalam diambil oleh penglibatan situasi sosial di dalam meningkatkan rasional dan keadilan tentang sosial mereka sendiri atau latihan pendidikan, sejajar dengan pemahaman tentang latihan dan situasi di mana latihan dijalankan
( Kemmis & Mc Taggart,1988:5)
DEVELOPING INNOVATION IN ONLINE LEARNING: AN ACTION RESEARCH FRAMEWORK
Mengikut kefahaman penulis blog.
Kajian secara teratur dan terancang mengikut urutan merancang, pengumpulan data & analisis, tindakan dan refleksi oleh sesebuah pihak organisasi sekolah termasuk guru sebagai penyelidik terhadap satu isu atau masalah yang dikenal pasti wujud di sekolah. Guru akan bertindak secara individu atau usahasama (kolaboratif) untuk mengumpul maklumat untuk memperbaiki arahan seterusnya memberi maklum balas terhadap hasil kajian yang dijalankan. Hasil kajian yang diperoleh membawa kepada penemuan dan pembinaan strategi baru yang menyumbang kepada pihak sekolah sama ada kepada pelajar atau warga sekolah secara keseluruhan. Hasil kajian tindakan tersebut juga membentuk satu amalan sosial yang boleh memberi kepentingan kepada semua.


Ulasan Buku:
Using Action Research To Improve Instruction: An Interactive Guide for Teachers.
Pengarang: John E. Henning, Jody M. Stone & james L. kelly

Buku ini merupakan buku yang mengandungi panduan yang boleh diaplikasikan untuk menjalankan kajian tindakan dalam konteks sekolah. Panduan berguna ini boleh digunakan untuk para guru yang berminat untuk memperbaiki corak pengajaran melalui kaedah yang lebih sisitematik, menambah baik proses-proses yang dijalankan di sekolah kepada kaedah yang lebih baik lagi, dan mengumpulka data/ maklumat yang boleh dijadikan panduan kepada guru-guru lain untuk meningkatkan kemahiran sebagai seorang guru.

Buku ini memberi garis panduan kepada pengkaji/guru itu sendiri bahawa mereka boleh menggunakan pengetahuan /isu semasa sedia ada yang berlaku di sekolah untuk melakukan kajian tindakan. Kaedah yang digunakan dalam buku ini yang digunakan dalam kajian adalah kaedah yang biasa digunakan oleh para guru di sekolah iaitu pemantauan terhadap pelajar, penulisan penaksiran, membandingkan ujia sebelum dan selepas dan menggunakan borang-borang penaksiran yang berkaitan. Selain itu juga, penggunaan borang rubrik juga turut digunakan sebagai salah satu kaedah pengumpulan maklumat/ data di dalam kajian tindakan yang dijalankan. Fokus yang diambil perhatian ialah bagaimana perancangan (plan), penggunpulan (collect), menganalisis (analyze), dan refleksi (reflect) terhadap data/maklumat akan dinilai supaya dapat membentuk strategi baru untuk menjalankan proses P&P.

Bahagian I: Pengenalan Kajian Tindakan.
2 tujuan utama kajian tindakan dijalankan iaitu untuk untuk menambahbaik kaedah yang sedia ada dan terlibat secara langsung dalam kajian yang dijalankan. Penambahbaikan yang dijalankan adalah terhadap 3 peringkat iaitu:
a) memperbaiki kemahiran
b) menambahbaik kefahaman terhadap kemahiran oleh pengkaji.
c) menambahbaik situasi tempat kajian tersebut dijalankan. (Carr & Kemmis, 1986)
Tujuan utama kajian tindakan ialah untuk menyelesaikan masalah di kawasan kajian dijalankan misalnya di kawasan sekolah. Untuk menjadi seorang pengkaji dalam konteks kajian tindakan di sekolah, para guru haruslah terlibat dalam kajian Persona untuk memperolehi kaedah pengumpulan data dan penganalisisan data yang sistematik.

4 langkah dalam pelaksanaan kajian tindakan:
1. Merancang (plan) - dalam proses merancang pengkaji mengemukakan objektif pengajaran dan mengenal pasti kaedah yang akan digunakan, merancang kaedah penaksiran dan merancang aktiviti yang akan dijalankan. Semasa pelaksanaan pengkaji (guru) akan menetapkan matlamat dan seterusnya menyediakan persoalan-persoalan tertentu sebagai panduan melaksanakan kajian, memilih sampel atau peserta yang akan terlibat, dan memilih kaedah pengumpulan data yang sesuai.
2. Mengumpulkan data (collect data) - Semasa mengumpulkan data, tindakan akan dilaksanakan oleh pengkaji. Tindakan yang dilakukan ialah melaksanakan strategi pengajaran yang baru dan mengumpulkan data/ maklumat dari pelaksanaan pengajaran tersebut. Pengumpulan data termasuklah mentadbir soalan, pemantauan pelajar, dan membuat kajian soal selidik dan temubual di anta pengkaji dengan sampel.
3. Analisis (analyze) - Pengkaji (guru) akan menganalisis data/maklumat yang diperolehi melaui pelbagai kaedah. Analisis yang dibuat juga boleh berdasarkan pemantauan terhadap interaksi pelajar, analisis terhadap tugasan pelajar, analisis temubual dan kajian soal-selidik, analisis ujian sebelum dan selepas serta analisis terhadap pencapaian ujian pelajar. Dalam langkah analisis ini terdapat 2 langkah yang dijalankan iaitu membentuk huraian objektif dari pencapaian pelajar berdasarkan penilaian yang telah dijalankan. langkah yang kedua pula ialah melaksanakan pemantauan oleh pengkaji adalah berdasarkan kepada kajian data dari pelbagai perspektif. Ini boleh dilakukan dengan membuat perbandingan melalui pemantauan yang menggunakan pelbagai kaedah.
4. Refleksi (reflect) - fasa untuk refleksi berlaku dalam 3 proses yang utama iaitu yang pertama menerangkan pemantauan tang telah dilakukan. Hasil dari penerangan in akan membantu di dalam ankah yang kedua iaitu perkembangan strategi pengajaran yang baru. Kebanyakkan strategi pengajaran yang baru akan muncul hasil daripada penalaman yang lepas, meklmat dari kajian, perkongsian bersama guru-guru yang lain, serta kajian lepas yang telah dilakukan. Langkah seterusnya ialah mengenalpasti strategi pengajaran baru yang disokong dengan data yang diperolehi , latihan yang terbaik, kajian seterusnya dan penggunaan teory-teori yang berkenaan.

Bab 2 : Perancangan kajian tindakan
Dari aspek perancangan adalah dar segi memikirkan isu yang ingi diperbaiki atau ditambahbaik. 4 langkah erancangan yang bleh diambil kira ialah:
1. meneliti persoalan kajian dengan membuat refleksi terhada tingkah laku pelajar, mengenalpasti masalah dan keperluan di dalam kawasan kajian.
2. mencari strategi pengajaran yang baru melalui pemantauan terhadap pelajar, bersoal jawab dengan guru-guru dan terlibat dalam aktiviti profesionalisme
3. mengenalpasti kajian lepas dan dijadikan sebagai panduan untuk menghasilkan strategi baru dan diaplikasikan di dalam kelas dalam proses P&P
4. mengenalpasti kaedah pengumpulan data yang diperlukan untuk menilai keberkesanan strategi pengajaran.

Sesi pemantauan terhadap pelajar boleh dilaksanakan beberapa teknik seperti:
1. pemantauan terhadap tingkah laku yang jarang dilihat
2. pemantauan tingkah laku pelajar secara individu
3. ketahui kepelbagaian pelajar
4. membuat rekod terhadap refleksi pengajaran
5. mengetahui tahap pencapaian / skor ujian pelajar yang telah dijalankan
6. membuat refleksi terhadap pengajaran

Bahagian II:Pemantauan terhadap pelajar dan tugasan
Membincangkan bagaimana untuk memantau guru-guru dan pelajar ketika berada di dalam kelas. Pemantauan dilakukan semasa pelajar membuat tugasan, pemantauan/penilaian terhadap tugasan yang telah disiapkan dan pemantauan terhadap interaksi antara pelajar dengan guru. Pemantauan yang kerap dilakukan terhadap pelajar akan mengelakkan berlakunya tingkah laku yang tidak diingini pada pelajar.

Bahagian III: Penggunaan kaedah kaji selidik dan temubual
Bertujuan untuk melihat persepsi pelajar, ibu bapa, guru-guru dan pihak pengurusan pentadbiran. Kedua-dua kaedah ini dapat membantu untuk memberi maklumat mengenai pemikiran sampel/peserta seperti respon pelajar mengenai kaedah pengajaran yang digunakan , persepsi ibu bapa mengenai suasana persekitaran di sekolah dan juga mengetahui pendapat guru-guru tentang program yang diadakan di sekolah. Kaedah ini dapat membantu dalam proses pengumpulan data kajian yang dijalankan.

Bahagian IV: Ujian analisis yang seragam
Langkah untuk menganalisis ujian supaya seragam:
1. Merancang (plan)
a) menetapkan matlamat terhadap kajian tindakan di dalam borang soalan kajian.
b) memilih sampel/peserta kajian (sama ada pelajar dari kelas, sekolah atau kumpulan-kumpulan pelajar tertentu di dalam sekolah).
2. Mengumpul data (collect data)
a) pengumpulan data dan prosedur untuk mencapai skor ujian yang standard biasanya dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah.
3. Analisis (analyze)
a) skor ujian yang diperolehi boleh dianalisis menggunakan 4 kaedah berikut iaitu membuat perbandingan dengan pencapaian yang lepas, menganalisis data yang diperolehi, menganalisis kaedah yang digunakan serta menggunakan kaedah analisis yang pelbagai.
4. Refleksi (reflect)
a) mentaksir hasil keputusan analisis yang telah dibuat.
b) Hasil dari pentaksiran tersebut boleh digunakan untuk mengembangkan strategi untuk membentuk kumpulan, mempelbagaikan arahan serta mengembangkan perancangan.
c) Mengenal pasti strategi pengajaran.

Bahagian V : Kerjasama dalam Kajian Tindakan
Kerjasama dalam menjalankan kajian boleh dilakukan di antara guru-guru di dalam kawasan kajian. Antara kelebihan yang boleh diperolehi hasil dari kerjasama dalam kajian tindakan ini ialah boleh menjana pemikiran yang sistematik antara pengkaji seperti proses merancang, tindakan, pemantauan dan refleksi serta mejadikan kajian yang dijalankan lebih bernilai dan berguna sebagai rujukan pada masa akan datang.

Model Kajian Tindakan: kemmis & McTaggart

Model pembelajaran berasaskan pengalaman (Kolb, 1984)
Proses ini berlaku melalui pengalaman terus, diikuti oleh refleksi berpandu, mempromosikan perkembangannya secara menyeluruh dan seterusnya pertimbangan pemindahan pembelajaran yang sesuai dalam kehidupan (Kolb, 1984; petikan dari Priest & Gass, 1997; m.s 144). Berdasarkan perbincangan dan kesemua definisi yang dikemukakan, dapatlah dirumuskan bahawa kebanyakan pengkaji mendefinisikan pendidikan luar sebagai satu pendekatan untuk mencapai objektif pembelajaran menerusi pengalaman melakukan sendiri di persekitaran terbuka atau semulajadi.


Model Kajian Tindakan (Stringer, 1999)

Gelung interaksi menunjukkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan (looking), pemikiran (thinking) dan tindakan (action). Ini menunjukkan proses itu berulangan dan sentiasa diperbaharui. Dalam model ini, Stringer (1999) mengutamakan penglihatan (looking) untuk membina satu gambaran bagi membolehkan pihak yang berkepentingan (stakeholder) memahami isu yang mereka alami. Fasa ini meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen), merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada pihak yang berkepentingan. Fasa seterusnya meliputi pemikiran (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan. Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan penyelesaian-penyelesaian yang praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul. Ini merangkumi pengujudan pelan tindakan dan menentukan hala tuju seperti menentukan objektif, tugas, dan orang-orang yang akan melaksanakan objektif serta memperoleh sumber-sumber yang diperlukan. Ia juga termasuk melaksanakan pelan, menggalakkan orang menjalankannya dan menilainya dari segi keberkesanan dan pencapaian.

Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)

Proses kajian tindakan melibatkan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya . Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.

TUGASAN KELAS: Konsep dan Reka Bentuk Kajian Tindakan

Kajian Tindakan merupakan satu pendekatan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme guru. Kajian ini merujuk kepada penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru di bilik darjah.
(Ellot & Adelman: 1976)

Satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif.
( Mcniff: 1988)

Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Kebolehan (pengurus sekolah, guru atau pelajar) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha untuk mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Ia dilaksanakan dalam apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja, menampah kefahaman dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion perguruan.
(hanifah Hussin: 2001)

Prinsip utama Kajian Tindakan
Prinsip 1 : sebagai kitaran / gelungan yang terdiri daripada beberapa langkah (a spiral of steps)
Prinsip 2: Dijalankan secara individu atau kolaboratif oleh satu kumpulan guru yang berusaha untuk membawa perubahan dan memperbaiki amalan kerja mereka.

Reka bentuk Kajian Tindakan
berdasarkan keadaan dan keperluan situasi sebenar di sekolah dan reka bentuknya boleh diubahsuai.

Subjek Kajian tindakan
penyelidik kajian tindakan adalah sebahagian daripada subjek kajian dan maklumat kajian yang diperolehi secara langsung daripada subjek kajian.

Metodologi kajian Tindakan
kajian Tindakan dilakukan dalam situasi sebenar secara gelungan/kitaran dengan beberapa langkah (merancang, bertindak, menilai dan meriflek) dan memberi analisis bersifat kualititatif dengan teknik dan kaedah berbentuk diskripsi dan neratif.


Reka Bentuk Kajian Tindakan meliputi empat langkah penting yang perlu ada apabila menjalankan sesuatu kajian tindakan iaitu:
  • MEREFLEKSI
  • MERANCANG
  • MELAKSANAKAN STRATEGI
  • MEMANTAU UNTUK MEMBUAT PENILAIAN

Kitaran ini mungkin akan berterusan dan akan wujud selagi mana permasalahan yang dikaji masih tidak dapat diatasi atau belum mencapai keputusan yang dikehendaki.

Sunday, November 1, 2009

TUGASAN 3 (ii): Laporan Pembentangan Kajian Tindakan Kolokium Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Ambilan Januari 2009

ULASAN PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN-KOLOKIUM DPLI JANUARI 2009
Tajuk Pembentangan: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Pelajar Dalam Bab Ibadah Subjek Pendidikan Islam Melalui Teknik Pantun
Oleh: Nazirah Binti Alias dan Nurul Hidayah Binti Md Yatin

Penyataan Masalah
Himpunan topik yang pelbagai dalam subjek Pendidikan Islam memberi kesukaran kepada pelajar untuk mengingat fakta penting dalam sesuatu bahagian. Kebanyakan pelajar lebih menggunakan pendekatan pembacaan fakta tanpa mengingat fakta secara keseluruhan. Oleh itu, kajian tersebut dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan pendekatan pantun dan mengukur minat pelajar terhadap topik dalam bahagian ibadah dengan menggunakan pantun. Kaedah ini boleh memberi galakan dan menarik minat pelajar untuk memahami dan menghayati apa yang dipelajari.

Metodologi Kajian
Kajian tindakan ini dijalankan dengan menggunakan Gelung Kajian yang melibatkan merefleksi, merancang, bertidak dan memerhati.

Refleksi : Pengkaji telah membuat andaian bahawa topik-topik di dalam subject Pendidikan Islam mengandungi maklumat yang hampir sama, keadaan ini menyebabkan pelajar terkeliru dan kurang memahami terhadap subjek tersebut.
Merancang : Pengkaji telah mengumpulkan kaedah terbaik untuk menghasikan pantun yang baik dan berkongsi kaedah tersebut dengan pelajar.
Bertindak : pengkaji membuat semakan semula terhadap bahan yang diperolehi dan menerangkan kepada pelajar. Pantun-pantun yang dihasilkan oleh pelajar dikumpulkan untuk melihat tahap penguasaan pelajar terhadap penggunaan kaedah pantun dalam kalangan pelajar.
Memerhati : Pengkaji melaksanakan ujian di dalam kelas untuk melihat maklum balas terhadap kefahaman pelajar mengenai tahap kefahaman pelajar dalam subjek pendidikan Islam dengan menggunakan kaedah pantun.

Setting Kajian
Kajian ini dibuat di Sekolah menengah Kebangsaan Cheras Jaya selama satu bulan.

Sampel Kajian
Kajian ini melibatkan pelajar Tingkatan Satu Sekolah menengah Kebangsaan Cheras Jaya.
Pengumpulan dan Penganalisisan Data
Kajian ini menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpulkan data. Data yang telah didapati kemudiannya dianalisis untuk mendapatkan keputusan kajian.
Pemerhatian : Berdasarkan kepada pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji dan didapati pelajar menunjukkan minat apabila mereka dibekalkan sebuah buku kecil yang mengandungi pantun. Pelajar lebih mudah memahami dan mengingat fakta yang terdapat dalam setiap topik-topik subjek pendidikan.
Ujian : Pelajar didapati dapat mengaplikasikan kaedah pantun ketika menjawab soalan ujian yang disediakan oleh pengkaji. Hasilnya pelajar memperoleh kefahaman yang lebih berbanding tektik pengajaran guru sebelum ini yang lebih tertumpu kepada penerangan dan syarahan.
Temubual : Semasa bertanya kepada pelajar pengkaji mendapati bahawa pelajar seronok menggunakan kaedah pantun dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah tersebut membantu pelajar mengingat fakta. Namun terdapat sesetengah pelajar yang lebih gemar membaca buku nota.

Implikasi Kajian
Hasil daripada kajian ini, pengkaji mendapati pelajar lebih aktif dalam pengajaran dan pembelajaran serta berlaku peningkatan potensi pelajar dalam subjek pendidikan Islam.

Manfaat Perkongsian Ilmu Melalui Kajian Tindakan
Saya memperoleh ilmu mengenai kaedah dalam menjalankan kajian tindakan ketika berada di sekolah kelak. Sebagai seorang guru, pendekatan bijak perlu diambil bagi menangani sesuatu masalah yang timbul di sekolah. Prosedur kajian yang dijalankan juga perlu dilakukan secara sistematik untuk mendapat hasil yang terbaik.
Bersama Mencorak Warisan Anak Bangsa
Laporan disediakan oleh,
MOHD SAIFULLAH BIN ABD RAHIM
P51962 DPLI UKM 09

Wednesday, October 28, 2009

TUGASAN 3 (i): Laporan Pembentangan Kajian Tindakan Kolokium Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Ambilan Januari 2009

Tajuk Pembentangan:
Meningkatkan Pemahaman Pelajar Melalui Penggunaan Bahan bantu Mengajar Media Elektronik (Klip Video)

Nama Pembantang :
i) Siti Sarah Binti Udzir
ii) Nur Aznida Binti talib

1.0 Penyataan masalah:
a- Suasana pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik menyebabkan pelajar cepat bosan, mengantuk dan hilang tumpuan untuk belajar
b- Pelajar kurang berminat dengan penggunaan buku teks semata-mata semasa proses pengajaran dan pembelajaran
c- Pelajar memerlukan Bahan Bantu Mengajar yang menarik dan terkini

2.0 Metodologi, setting kajian dan sampel kajian:
a- Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:
i) Mengenal pasti masalah dan merumuskan masalah pengajaran dam pembelajaran
berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan:-
- Penilaian kendiri pengajaran yang lepas
- Pemerhatian guru
- kajian perpustakaan
ii) Merancang langkah-langkah penambahbaikan teknik pengajaran
- pemilihan kaedah (klip video)
- senarai semak pengumpulan data
iii) Melaksanakan kajian mengikut perancangan
- Melaksanakan kaedah yang telah dipilih
- mengumpul dan menganalisis data
- penilaian dan refleksi
iv) Membuat laporan dan menyebarkan maklumat
b- Setting kajian:
- kajian dijalankan secara kolaboratif diantara dua pengkaji yang menjalani latihan mengajar di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
- Dijalankan dalam tempoh empat masa bagi setiap mata pelajaran.
c- Sampel kajian:
- Sampel yang dipilih terdiri daripada 38 orang pelajar iaitu 17 orang pelajar tingkatan satu (Pendidikan Islam) dan 21 orang pelajar tingkatan empat (Biologi)

3.0 Pengumpulan dan Penganalisisan data:
a- Penialaian Kendiri
~ Semua rekod dan penilaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran di catat di dalam buku persediaan mengajar bagi melihat penerimaan pelajar terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan
~ Berguna untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar
dan juga guru yang mengajar
b- Pemerhatian
~ Pemerhatian dilakukan terhadap tingkah laku dan penglibatan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan bagi melihat keberkesanan kajian yang dijalankan
c- Soal selidik
~ Guru mengajukan beberapa soalan khusus bagi mengetahui tahap dan minat pelajar terhadap kajian yang dijalankan.
~ Persoalan tertumpu kepada gaya pembelajaran sebelum, semasa, dan selepas kajian dijalankan bagi melihat perubahan tingkah laku dan minat pelajar
d- Temubual
~ Temubual dilaksanakan antara:
i) pengkaji dengan pelajar
ii) Pengkaji dengan rakan guru yang lain
~ Dilakukan bertujuan untuk mengetahui kaedah pengajaran guru serta pandangan guru terhadap tingkah laku pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan
e- Kuiz
~ Dijalankan dalan dua fasa:
i) Sebelum penggunaan video iaitu kaedah pengajaran tertumpu secara syarahan
ii) selepas penggunaan video
~ Bertujuan untuk membuat perbandingan antara dua fasa tersebut.

4.0 Implikasi kajian:
a- Perubahan tingkah laku pelajar dari mengantuk kepada fokus dan pemberian tumpuan
b- Pelajar aktif dalam perbincangan yang dijalankan
c- Prestasi pelajar meningkat melalui peningkatan markah kuiz yang dijalankan

5.0 Manfaat perkongsian ilmu melalui Kajian tindakan
a- Memberi saya input yang boleh digunapakai dalam kajian tindakan yang bakal dijalankan
b- Memahami situasi dan keadaan di sekolah
c- Perlu kreatif dan menggunakan daya fikir untuk mendapatkan maklumat yang benar- benar jitu dalam memperoleh hasil kajian
d- Setiap kajian tindakan yang dijalankan perlu mengikut tertib langkah kajian

"Holistik & versitil"







Tuesday, October 27, 2009

PILIHAN BUKU ''KAJIAN TINDAKAN''


USING ACTION RESEARCH TO IMPROVE INSTRUCTION-An Interactive Guide For Teachers

Friday, October 23, 2009

TUGASAN KELAS : Kepentingan Kajian Tindakan Kepada para Pendidik

1) Mengenal pasti masalah yang timbul di sekolah dan mencari kaedah terbaik untuk mengatasinya
2) Memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah supaya lebih efektif
3) Meningkatkan kualiti modal insan selaras dengan matlamat dasar pendidikan negara ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial
4) Menjadi medium perubahan tingkah laku pelajar di sekolah
5) Membina kemahiran melakukan penyelidikan dalam kalangan pendidik
6) Mendapatkan penyelesaian berkenaan dengan masalah disiplin dan pengurusan bilik darjah
7) Melahirkan warga pendidik yang kreatif dan inovatif
8) Menambahbaik amalan secara teori dan praktikal
9) Menggalakkan pendidik menjadi seorang yang peka dan prihatin dengan setiap isu yang dibangkitkan di sekolah dalam satu-satu masa
10) Memperkembangkan lagi pengetahuan sedia ada dan menggalakkan penemuan idea baru yang lebih bernas serta berkualiti