Saturday, November 7, 2009

TUGASAN KELAS: Konsep dan Reka Bentuk Kajian Tindakan

Kajian Tindakan merupakan satu pendekatan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme guru. Kajian ini merujuk kepada penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru di bilik darjah.
(Ellot & Adelman: 1976)

Satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif.
( Mcniff: 1988)

Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Kebolehan (pengurus sekolah, guru atau pelajar) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha untuk mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Ia dilaksanakan dalam apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja, menampah kefahaman dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion perguruan.
(hanifah Hussin: 2001)

Prinsip utama Kajian Tindakan
Prinsip 1 : sebagai kitaran / gelungan yang terdiri daripada beberapa langkah (a spiral of steps)
Prinsip 2: Dijalankan secara individu atau kolaboratif oleh satu kumpulan guru yang berusaha untuk membawa perubahan dan memperbaiki amalan kerja mereka.

Reka bentuk Kajian Tindakan
berdasarkan keadaan dan keperluan situasi sebenar di sekolah dan reka bentuknya boleh diubahsuai.

Subjek Kajian tindakan
penyelidik kajian tindakan adalah sebahagian daripada subjek kajian dan maklumat kajian yang diperolehi secara langsung daripada subjek kajian.

Metodologi kajian Tindakan
kajian Tindakan dilakukan dalam situasi sebenar secara gelungan/kitaran dengan beberapa langkah (merancang, bertindak, menilai dan meriflek) dan memberi analisis bersifat kualititatif dengan teknik dan kaedah berbentuk diskripsi dan neratif.


Reka Bentuk Kajian Tindakan meliputi empat langkah penting yang perlu ada apabila menjalankan sesuatu kajian tindakan iaitu:
  • MEREFLEKSI
  • MERANCANG
  • MELAKSANAKAN STRATEGI
  • MEMANTAU UNTUK MEMBUAT PENILAIAN

Kitaran ini mungkin akan berterusan dan akan wujud selagi mana permasalahan yang dikaji masih tidak dapat diatasi atau belum mencapai keputusan yang dikehendaki.

0 comments: