Proses ini berlaku melalui pengalaman terus, diikuti oleh refleksi berpandu, mempromosikan perkembangannya secara menyeluruh dan seterusnya pertimbangan pemindahan pembelajaran yang sesuai dalam kehidupan (Kolb, 1984; petikan dari Priest & Gass, 1997; m.s 144). Berdasarkan perbincangan dan kesemua definisi yang dikemukakan, dapatlah dirumuskan bahawa kebanyakan pengkaji mendefinisikan pendidikan luar sebagai satu pendekatan untuk mencapai objektif pembelajaran menerusi pengalaman melakukan sendiri di persekitaran terbuka atau semulajadi.
Model Kajian Tindakan (Stringer, 1999)
Gelung interaksi menunjukkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan (looking), pemikiran (thinking) dan tindakan (action). Ini menunjukkan proses itu berulangan dan sentiasa diperbaharui. Dalam model ini, Stringer (1999) mengutamakan penglihatan (looking) untuk membina satu gambaran bagi membolehkan pihak yang berkepentingan (stakeholder) memahami isu yang mereka alami. Fasa ini meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen), merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada pihak yang berkepentingan. Fasa seterusnya meliputi pemikiran (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan. Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan penyelesaian-penyelesaian yang praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul. Ini merangkumi pengujudan pelan tindakan dan menentukan hala tuju seperti menentukan objektif, tugas, dan orang-orang yang akan melaksanakan objektif serta memperoleh sumber-sumber yang diperlukan. Ia juga termasuk melaksanakan pelan, menggalakkan orang menjalankannya dan menilainya dari segi keberkesanan dan pencapaian.
Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)
0 comments:
Post a Comment