Friday, November 20, 2009

Aktiviti 9: Tugasan 4 (Kajian tindakan Mini)

Penggunaan teknologi Maklumat Melalui Kaedah Kontekstualisme di Dalam Pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di Sekolah
Matlamat Kajian:
Memberi pengukuhan dan kekuatan terhadap kemahiran asas pelajar dalam bidang teknologi maklumat agar boleh menjadi sumber penghasilan tugasan Bahasa Melayu dan perdagangan yang lebih bermutu.
Objektif Kajian:
  1. Meneroka tahap pengetahuan pelajar dalam bidang teknologi maklumat.
  2. Menilai penerimaan pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di sekolah
  3. Mencungkil daya kreatif dan inovasi pelajar dalam mencorakkan penggunaan teknologi maklumat.

Soalan kajian:

  1. Bagaimana tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di sekolah
  2. Adakah terdapat perubahan minat pelajar terhadap proses P&P dengan pengaplikasian teknologi maklumat.
  3. Sejauh mana pengetahuan sedia ada dan pengalaman pelajar dalam teknologi maklumat dapat membantu pembelajaran pelajar dalam subjek Bahasa Melayu dan Perdagangan di sekolah.

Aktiviti 8: Tugasan 4 (Kajian tindakan Mini)

Cadangan Mengatasi Kelemahan Dalam Kajian "Penggunaan teknologi Maklumat Melalui Kaedah Kontekstualisme di Dalam Pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di Sekolah"

Refleksi Individu:

Guru perlu mempunyai kemahiran untuk memikat minda pelajar untuk meminati teknologi maklumat dan cuba mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Refleksi Kumpulan:

  • Kolaborasi dengan pihak pentadbir dan pengurusan sekolah untuk menganjur dan melaksanakan kursus pencarian maklumat. Kursus-kursus jangka pendek untuk guru-guru dan para pelajar dapat memberi pendedahan untuk diaplikasikan dalam P&P. Kesedaran pihak sekolah dalam membudayakan budaya IT dikalangan warga sekolah dapat megurangkan warga yang buta IT atau tiada kemahiran asas IT untuk mempersiapkan diri dalam persaingan era globalisasi zaman sekarang yang serba canggih dan memerlukan warga yang celik IT dan berpotensi menggunakan kemahiran yang sedia.
  • Pengawalan pihak guru ketika pengajaran di makmal komputer.

Refleksi Rakan Kumpulan Lain:

Menggalakkan penglibatan para pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dalam bidang IT (Kognitif, afektik, psikomotor) seperti memberi tugasan yang memerlukan penggunaan IT seperti power point semasa pembentangan, blogger untuk perbincangan atau e-learning.

Aktiviti 7: Tugasan 4 (Kajian tindakan Mini)

Kelemahan Pengajaran "Penggunaan teknologi Maklumat Melalui Kaedah Kontekstualisme di Dalam Pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di Sekolah"
Refleksi Individu:
Kaedah pencarian atau perolehan maklumat yang rendah kerana tidak semua pelajar mempunyai kemudahan dan kemahiran untuk mencari maklumat melalui internet.
Refleksi Kumpulan:
  • Tidak semua pelajar mempunyai minat terhadap teknologi maklumat(mungkin juga wujud golongan technophobia)
  • Pelajar gemar mengambil kesempatan terhadap peluang memasuki makmal komputer.
  • Kekurangan kelengkapan dan kemudahan teknologi di sekolah. Kelengkapan yang sedia ada hanyalah digunakan untuk kegunaan pelaksanaan subjek IT semata-mata dan tidak dibudayakan di kalangan pelajar untuk mencari nota, membuat latihan atau mencari nota-nota ilmiah berkaitan pelajaran seharian di dalam kelas.

Refleksi rakan Kumpulan Lain:

Terdapat sesetengah pelajar di sesetengah sekolah tiada langsung kemahiran IT kerana tiada disediakan subjek yang berkaitan. Ini mungkin disebabkan tiada kesedaran di kalangan pentadbir sekolah tersebu untuk membudayakan kemahiran asas ini di kalangan pelajar. Terutamanya di sekolah-sekolah di luar bandar, hal ini juga mungkin disebabkan kekangan sesetengah sekolah yang tiada kemudahan asas komputer di sekolah seperti di sekolah pedalaman.

Aktiviti 6: Tugasan 4 (Kajian tindakan Mini)

Kekuatan Pengajaran "Penggunaan teknologi Maklumat Melalui Kaedah Kontekstualisme di Dalam Pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di Sekolah"
Refleksi Individu:
  • Melatih pelajar mengaplikasikan kemahiran teknologi maklumat berdasarkan kepada pengatahuan sedia ada dan pengalaman bagi memberi pemahaman dan penghayatan nilai terhadap subjek yang dipelajari.
  • Menggalakkan pemikiran kreatif pelajar.

Refleksi Kumpulan:

  • Membentuk daya inovasi pelajar dalam mempelbagaikan teknik teknologi maklumat.
  • Memberi pendedahan asas kepada pelajar yang kurang mahir @ 'buta IT' terutamanya kepada pelajar di luar bandar yang agak ketinggalan dalan hal berkaiatan It. Jadi sebagai seorang guru, tugas untuk merapatkan jurang keseimbangan pengetahuan IT di antara pelajar di bandar dan luar bandar akan dapat dilaksanakan.
  • Menggalakkan penghasilan bahan bantu belajar oleh pelajar sendiri
  • Memberi daya tarikan kepada pelajar terhadap proses P&P di dalam bilik darjah.

Refleksi Rakan Kumpulan Lain:

  • Membudayakan kemahiran pengaplikasian IT dalam kehidupan seharian terutamanya dalam konteks seorang pelajar yang akan menggunakan IT untuk mencari bahan-bahan ilmiah.

Friday, November 13, 2009

Aktiviti 5: Tugasan 1 (Buku)

Kepentingan guru novis (pelatih, novis, berpengalaman) melakukan kajian tindakan.

Sebagai seorang guru novis, banyak perkara baru yang perlu dikuasai dalam melaksanakan proses P&P yang lebih efektif dan berkesan serta mencapai objektif pengajaran. Antara sebab mengapa guru pelatih dan guru novis perlu menjalankan kajian tindakan di dalam pendidikan ialah:


1) Seorang guru perlu menguasai / mempunyai kemahiran yang tinggi tentang pelaksanaan P&P di dalam bilik darjah. Melalui kajian yang dijalankan akan dapat melihat keberkesanan P&P yang dijalankan dan boleh membuat penambahbaikan. Melaui kajian ini ianya dilihat dapat membantu dan menambahkan ilmu dalam kemahiran mengajar.


2) Kajian Tindakan yang dijalankan oleh seseorang guru tersebut secara langsung dapat mengembangkan kemampuan guru sebagai peneroka pengetahuan yang profesional. Guru sebagai seorang profesional tidaklah semata-mata mengamalkan pengetahuan yang dikemukakan oleh orang lain tetapi berupaya merintis jalan bagi menangani pelbagai masalah P&P.


3) Guru sebagai penyelidik haruslah mengkaji amalan bekerjanya sendiri serta kaitannya dengan keberkesanan pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya. Amalan bekerja iaitu amalan mengajar termasuklah cara guru berinteraksi dengan murid, latihan-latihan yang disediakan, gaya penyampaian, soalan-soalan yang digunakan dan sebagainya. Guru menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya. Oleh itu, lapangan kajian tindakan ini merupakan lapangan yang palig ssesuai untuk mengkaji masalah-masalah yang telah dikenal pasti supaya dapat dikenalpasti jalan penyelesaian seterusnya untuk proses penambahbaikan.


4) Setiap guru terutamanya perlulah perlu melakukan pengubahsuaian amalan P&P secara berterusan sehingga berlaku peningkatan dalam pencapaian murid pada tahap yang jauh lebih baik berbanding dengan keadaan sebelum kajian dijalankan. Sekiranya pencapaian murid meningkat setelah melakukan aktiviti P&P yang telah dirancang untuk menangani masalah yang wujud, bolehlah dirumuskan bahawa amalan pengajaran guru berkesan. Keberkesanan pengajaran guru meningkatkan kewibawaannya sebagai pendidik dan dengan itu tahap profesionalisme guru itujuga turut meningkat.


5) Proses kajian tindakan ini juga dapat memperlihatkan peningkatan keberkesanan amalan mengajar seseorang guru boleh dilihat melalui peningkatan prestasi pihak yang menerima perkhidmatan guru tersebut iaitu murid-murid. Melalui pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti P&P yang dijalankan di bilik darjah, guru mengumpul data secara terancang untuk mengesan kelemahan dan kekuatan aktiviti yang dilaksanakan. Data yang telah dianalisis memberi gambaran yang jelas kepada guru tentang faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses P&P. Berpandukan kepada analisis data guru mengubahsuai amalan mengajar yang lalu supaya menjadi lebih berkesan. Proses mengutip data dan mengubahsuai amalan berlaku berulangkali sehinggalah berlaku peningkatan dalam prestasi murid.


6) Melalui kajian tindakan ini juga, guru cuba memahami proses pembelajaran murid-muridnya. Dengan memahami proses pembelajaran murid, guru boleh mengambil langkah untuk memperbaiki pengajarannya yang tidak berkesan. Kajian Tindakan yang memberi penekanan kepada langkah-langkah untuk membuktikan bahawa sesuatu pendekatan atau aktiviti pengajaran adalah lebih baik daripada yang lain atau untuk menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan sesuatu alat bantu dalam pengajaran tidak menepati matlamat untuk memperbaiki amalan guru.


7) Melahirkan guru yang kreatif,inovatif, holistik dan versetile, guru yang menjalankan kajian tindakan akan berusaha untuk menghasilkan kaedah dan pendekatan pengajaran dan membina bahan inovasi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti 4: Tugasan 1 Tajuk Mini Kajian Tindakan

Cadangan Tajuk Mini Kajian Tindakan:

"Penggunaan teknologi Maklumat Melalui Kaedah Kontekstualisme di Dalam Pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di Sekolah"
Permasalahan kajian:
Pelajar pada masa kini kebanyakkannya memiliki kemahiran penggunaan asas IT, namun mereka telah menyalahgunakan kebolehan yang ada itu ke arah yang salah seperti bermain 'game' di dalam cyber cafe atau melayari laman web yang tidak berfaedah. Kemahiran yang ada sewajarnya digunakan oleh pelajar untuk melakukan tugasan seperti power point, adope photoshop dan blog atau mencari bahan-bahan ilmiah sebelum bermulanya sesi pengajaran guru di sekolah.

Aktiviti 3- Tugasan 1 Kolokium

Kajian 1: Meningkatkan Minat Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Melalui teknik Gubahan Lirik Lagu.

Pembentang: Robiah Mohanad dan Siti Hajjar Hasnaa Yahya

Permasalahan kajian :
Dalam kajian ini, masalah yang dikenal pasti ialah kesukaran pelajar dalam mengingati fakta penting yang terdapat dalam subjek Pendidikan Islam. pengkaji menjalankan kajian untuk memudahkan tahap kefahaman dan membina keyakinan serta jati diri pelajar. kajian ini seterusnya mendorong minat pelajar untuk belajar dengan bersungguh dalam subjek tersebut dan mengaplikasikannya dalam kehidupan.

Hasil dapatan :
Kajian mendapati pelajar lebih mudah mengingati fakta melalui gubahan lirik lagu ciptaan sendiri. pelajar semakin berminat mempelajari subjek Pendidikan Islam kerana menggabungkan muzik dan lagu dalam pengajaran yang sebelum ini hanya tertumpu pada penerangan dan syarahan sahaja.

Ulasan Penulis:
Kajian yang dijalankan bersesuaian dengan maksud kajian tindakan. kajian ini menggunakan kaedah kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1998) iaitu refleksi, perancangan, tindakan dan pemerhatian. Pengkaji menggunakan 25 orang pelajar sebagai sampel kajian dan penglibatan pihak guru dan pelajar secara aktif menyumbang kepada hasil kajian yang memuaskan.


Kajian 2: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Pelajar dalam bab Ibadah Subjek pendidikan Islam Melalui Teknik Pantun

Pembentang: Nazriah Binti Alias Dan Nurul Hidayah Binti Md Yatin

Penyataan Masalah:
Himpunan topik yang pelbagai dalam subjek Pendidikan Islam memberi kesukaran kepada pelajar untuk mengingat fakta penting dalam sesuatu bahagian. Kebanyakan pelajar lebih menggunakan pendekatan pembacaan fakta tanpa mengingat fakta secara keseluruhan. Oleh itu, kajian tersebut dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan pendekatan pantun dan mengukur minat pelajar terhadap topik dalam bahagian ibadah dengan menggunakan pantun. Kaedah ini boleh memberi galakan dan menarik minat pelajar untuk memahami dan menghayati apa yang dipelajari.


Hasil Dapatan:
Hasil daripada kajian ini, pengkaji mendapati pelajar lebih aktif dalam pengajaran dan pembelajaran serta berlaku peningkatan potensi pelajar dalam subjek pendidikan Islam.

Ulasan Penulis:
Kajian tindakan ini dijalankan dengan menggunakan Gelung Kajian yang melibatkan merefleksi, merancang, bertidak dan memerhati. Kajian ini menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpulkan data seperti temubual, pemerhatian dan ujian. Data yang telah didapati kemudiannya dianalisis untuk mendapatkan keputusan kajian.Ia melihat dari sudut kaedah pengajaran dan proses pembelajaran berlangsung. Prosedur kajian yang dijalankan sesuai dengan maksud kajian tindakan.