Thursday, December 10, 2009

Aktiviti 13: Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Berdasarkan kursus Psikologi Pendidikan/ Kaedah Mengajar/ Penaksiran Pembelajaran:
Teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah dalam kajian yang dirangka adalah:

1. Kaedah inkuiri
Guru menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. Dalam hal ini, guru memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya dengan lebih mendalam berdasarkan pengetahuan sedia ada dan kemahiran asas yang dikuasai.

2. Kaedah Perbincangan.
Teknik perbincangan adalah satu teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Sewaktu perbincangan dijalanlan, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan pandangan, atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik, sambil guru memandu serta mengarahkan pandangan-pandangan mereka ke satu prinsip atau pendapat menyeluruh.

Melalui teknik ini, murid-murid dapat memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas, mengutamakan pendapat-pendapat di samping bekerjasama dengan murid-murid lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. Dengan cara ini, penglibatan murid dalam pembelajaran amat menggalakkan. Pelajar akan kelihatan lebih cergas, berani dan tegas.

Bahan-bahan harus yang disediakan oleh guru perlu mempunyai skop yang khusus sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Selain itu, guru perlu hadkan topik perbincangan dan terangkan sesuai mengenainya bagu membolehkan murid-murid memahami apa yang dikehendaki dan dapat dibincangkan perkara itu dalam jangka masa yang dijangkakan. Dalam masa yang sama, guru harus bijak memberikan ruang dan menggalakkan murid-murid agar mereka berminat untuk berkerjasama serta mengemukakan soalan-soalan yang akan dapat mencungkil fakta-fakta dan mendorongkan murid-murid berfikir.

3. Kaedah Sumbangsaran
Teknik ini juga dikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming). Teknik ini berbentuk perbincangan dan ia membolehkan setiap ahli kumpulan berfikit secara kreatif dan aktif. Otak diperah untuk berfikir tanpa batasan dan dalam proses ini, idea-idea , pendapat dan pandangan yang dikemukan tidak boleh ditolak, walaupun idea-idea tadi kurang memuaskan dan tidak bermutu. Idea-idea itu harus diterima dan diperkemas kemudiannya. Murid-murid digalakkan menghuraikan pendapat-pendapat yang telah dikemukakan. Perkara yang dicadangkan oleh seorang murid diperkembangan oleh murid-murid lain sehingga idea atau pendapat tadi mengembang keperingkat yang lebih tinggi.

4. Kaedah Main Peranan
Teknik main peranan adalah satu teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ‘ambil peranan’ yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan sentiasa pula dikelolakan dalam situasi kumpulan. Melalui teknik ini, murid-murid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Teknik ini melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran yang diajar oleh guru.

5. Kaedah Simulasi.

Teknik simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar. Ia memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.

6. kaedah pengajaran berpandukan Kognitif (CGI- Cognitively Guided Instruction)

Pengajaran Berpandukan Kognitif merupakan satu pendekatan dalam pengajaran matematik yang menggalakkan suasana pembelajaran aktif (active learning) ,yang bermakna (meaningful), dapat membina pemikiran aras tinggi, berkesan dan berasaskan penyelidikan.Para guru menggunakan pendekatan pengajaran berpandukan kognitif berhasrat membantu pelajar untuk belajar secara lebih bermakna dan mengembangkan pemikiran aras tinggi. Dengan cara ini dapat membantu mereka membina apa yang pelajar tahu dan membantu mereka belajar dari rakan dalam kumpulan masing-masing. Dalam mengaplikasikan pendekatan pengajaran ini para guru perlu tahu dan memahami bahawa strategi-strategi yang digunakan oleh pelajar dalam penyelesaian masalah sebelum mereka diajar prosedur-prosedur formal.


Bina kerangka teoritikal/ konseptual / operasional kajian



Definisi Kerangka Operasional Kajian

Menjelaskan perkataan tertentu dalam kajian yang meragukan pemahaman bukannya mendefinisikan tajuk kajian. Cara untuk mendefinisikan ialah dengan memilih perkataan dan berikan definisi mengikut fahaman penyelidik bukannya berdasarkan kamus.




Definisi Kerangka Konseptual


Dalam kerangka konseptual, hal utama yang perlu dititikberatkan adalah hubungan suatu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain, terutamanya pembolehubah yang penting.
Kerangka konseptual dilakukan dengan mengemukakan bagaimana hubungan pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar. Hubungan ini mestilah mempunyai sokongan secara ilmiah seperti dari sumber-sumber rujukan ilmiah. Cara yang paling mudah ialah dengan mengambil kesimpulan daripada kajian orang lain yang relevan dengan pembolehubah yang dikaji.


Definisi Teoritikal Kajian

Kerangka teoritikal menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan. Ia menjadi panduan bagi menentukan orientasi penyelidikan yang akan dilakukan. Ia juga mengenal pasti apa yang menjadi minat pengkaji, soalan-soalan yang berlegar-legar di mindanya dan yang menjadi teka-teki. Satu kaedah untuk menentukan kerangka pemikiran ialah melalui tinjauan literasi dengan pembacaan yang berkait rapat dengan tajuk yang sedang dikaji. Tajuk jurnal, kata kunci dan maklumat-maklumat lain yang didapati sepanjang pencarian berkenaan, penyelidik akan berjumpa dengan konsep, model dan teori yang berbagai-bagai jenis. Yang boleh dibuat ialah memberi pengkelasan terhadap hasil dapatan tersebut untuk menjadi kunci utama kepada kerangka teoritikal nanti.


kerangka Teoritikal yang digunakan ialah:


Teori Metakognitif


merujuk kepada proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak untuk memahami rangsangan luar yang diterima melalui deria, membentuk konsep, membuat tafsiran, dan tindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan.



Mayor (1977)~ mentafsirkan pemikiran sebagai pengelolaan operasi-operasi mental dalam sistem kognitif dan digunakan untuk menyelesaikan masalah.


Teori pembelajaran berstruktur

-Melibatkan cara yang formal untuk menyampaikan kandungan pembelajaran
-Melibatkan teori kognitif
-Melibatkan kaedah untuk mengenalpasti pengetahuan dan gelagat seseorang
-Merupakan satu teori pengajaran guru yang dapat mempengaruhi pembelajaran pelajar.

Teori menyatakan bahawa setiap input akan menghasilkan output. Input boleh terdiri daripada apa-apa sahaja, konsep, proses atau idea. Apa-apa sahaja elemen input dan output akan menunjukkan sebagai hirarki sesuatu elemen. Ini bermaksud, sesuatu input itu adalah dikatakan sebagai pemboleh ubah (variable) manakala, output pula merupakan nilai unik yang terhasil daripada proses (operational) yang juga dikenali sebagai hukum (Strutural Learing Theory’s rules ).

Teori Pembelajaran Tingkahlaku
Teori pembelajaran tingkahku mentafsirkan pembelajaran sebagai satu perubahan di dalam tingkahlaku seseorang dalam suatu situasi. Teori ini mementingkan hubungan antara sebab dan akibat atau rangsangan gerak balas. Teori ini sesuai digunakan untuk menyampaikan pengetahuan kepada pelajar serta membina kemahiran-kemahiran dikalangan pelajar di mana pengetahuan dan kemahiran yang diajar dibahagikan kepada beberapa unit-unit kecil kemudian disampaikan satu demi satu dan diperkukuhkan secara sistematik sehingga prestasi pelajar mencapai pada tahap yang diingini. Perubahan tingkahlaku dapat dilihat dengan menyediakan ganjaran untuk prestasi yang baik dan hukuman untuk yang sebaliknya.

Aktiviti 12: PEMURNIAN

Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan pernyataan masalah, tujuan dan objektif kajian.

Tugasan Teknologi Maklumat Melalui Perdekatan Kontekstualisme

Matlamat Kajian:
Memberi pengukuhan dan kekuatan terhadap kemahiran asas pelajar dalam bidang teknologi maklumat agar boleh menjadi sumber penghasilan tugasan Bahasa Melayu dan perdagangan yang lebih bermutu.

Objektif Kajian:
1) Meneroka tahap pengetahuan pelajar dalam bidang teknologi maklumat.
2) Menilai penerimaan pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di sekolah
3) Mencungkil daya kreatif dan inovasi pelajar dalam mencorakkan penggunaan teknologi maklumat.


Pernyataan Masalah:
1) Bagaimana tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di sekolah
2) Adakah terdapat perubahan minat pelajar terhadap proses P&P dengan pengaplikasian teknologi maklumat.
3) Sejauh mana pengetahuan sedia ada dan pengalaman pelajar dalam teknologi maklumat dapat membantu pembelajaran pelajar dalam subjek Bahasa Melayu dan Perdagangan di sekolah.

Aktiviti 11: Tugasan 2: jurnal

Berdasarkan 3 jurnal, apakah pernyataan masalah dalam kajian dan bagaimana mereka melapor pernyataan masalah?

Tajuk jurnal 1: A First-Timer's Impressions Of Engaging In Action Research: A Case In Ethiopian Preservise Teacher Education.
Penulis : Adinew Tadesse Degago

Pernyataan masalah:
Pengkaji melihat persekitaran pendidikan berlaku percanggahan ideologi di antara guru-guru terhadap model pengajaran. Disebabkan tekanan yang dihadapi oleh guru-guru tersebut pengkaji merasakan sewajarnya guru mempunyai kemampuan dan kemahiran serta kreativiti dalam menentukan model pengajaran.

Kaedah Melapor Pernyataan Masalah:
Pengkaji melaporkan hasil maklumat yang diperoleh secara dasar pada peringkat awal melalui hasil jurnal pengajaran dan tugasan pelajar yang diberikan serta teks daripada perbincangan dalam talian. Dalam masa yang sama, pengkaji menggunakan hasil temubual bersama dengan pelajar untuk membuktikan beberapa faktor yang dikenalpasti dan bahagian-bahagian kursus yang membantu mereka dalam menjalankan kajian. Laporan keseluruhan memfokuskan kepada penambahbaikan terhadap permasalahan yang dikaji yang membawa kepada pengesyoran beberapa amalan pengajaran berkesan yang boleh digunakan oleh guru-guru yang mengambil kursus seminar pengajaran pada semester akhir di Universiti Haramaya, Ethiopia.


Tajuk Jurnal
2:
Who Is Conducting Teachers Research
Pengkaji : Debbie L. Hahs-Vaughn & Karen L. Yanowitz.

Pernyataan masalah:
Pengkaji mengenalpasti faktor jumlah guru yang terhad berbanding jumlah pelajar yang semakin ramai membataskan penghasilan kajian. Oleh itu, pengkaji mencari alternatif untuk melihat kesan dan perubahan masalah tersebut dari sudut sifat profesionalisme dan kredibiliti guru.

Kaedah Melapor Pernyataan Masalah:
Pengkaji melaporkan hasil kajian dengan menerangkan peranan sekolah sebagai organisasi yang digerakkan oleh penyertaan guru secara individu ataupun mengikut kaedah kolaboratif. Laporan merujuk beberapa peringkat untuk melihat perbandingan iaitu di peringkat daerah dan negeri dengan melibatkan sekolah rendah, menengah dan gabungan.

Tajuk jurnal 3: Impact of an Action Research Instructional Model: Student Teachers as Reflective Thinkers
Penulis : Alcione N. Ostorga
: Veronica Lopez Estrada
: University of Taxes-Pan America

Pernyataan masalah:

Pelajar dilihat tidak memahami topik pengajaran di dalam kelas melalui kaedah kuliah. Kebanyakkan guru lebih suka mengajar mengikut kehendak atau cara mereka sendiri sahaja iaitu kaedah kuliah. Latihan pembacaan secara lisan tidak pernah dijalankan di dalam kelas semasa proses P&P.

Kaedah Melapor Pernyataan Masalah:

Pengkaji mengajar secara sistem kelas (Round Robin Reading) mengandaikan kaedah pembacaan secara lisan dilihat lebih berkesan berbanding kaedah pengajaran secara kuliah dan kebanyakkan guru-guru baru lebih cenderung untuk menggunakan kaedah tersebut berbanding latihan berlandaskan kajian yang telah dipelajari.

Aktiviti 10: Tugasan 1: buku

Berdasarkan buku Using Action Research To Improve Instruction: An Interactive Guide for Teachers oleh John E. Henning, Jody M. Stone & james L. kelly , Perancangan yang dlakukan dalam mengenalpasti masalah kajian tindakan adalah seperti berikut:

1. meneliti persoalan kajian dengan membuat refleksi terhada tingkah laku pelajar, mengenalpasti masalah dan keperluan di dalam kawasan kajian.
2. mencari strategi pengajaran yang baru melalui pemantauan terhadap pelajar, bersoal jawab dengan guru-guru dan terlibat dalam aktiviti profesionalisme
3. mengenalpasti kajian lepas dan dijadikan sebagai panduan untuk menghasilkan strategi baru dan diaplikasikan di dalam kelas dalam proses P&P
4. mengenalpasti kaedah pengumpulan data yang diperlukan untuk menilai keberkesanan strategi pengajaran.

Friday, November 20, 2009

Aktiviti 9: Tugasan 4 (Kajian tindakan Mini)

Penggunaan teknologi Maklumat Melalui Kaedah Kontekstualisme di Dalam Pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di Sekolah
Matlamat Kajian:
Memberi pengukuhan dan kekuatan terhadap kemahiran asas pelajar dalam bidang teknologi maklumat agar boleh menjadi sumber penghasilan tugasan Bahasa Melayu dan perdagangan yang lebih bermutu.
Objektif Kajian:
  1. Meneroka tahap pengetahuan pelajar dalam bidang teknologi maklumat.
  2. Menilai penerimaan pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di sekolah
  3. Mencungkil daya kreatif dan inovasi pelajar dalam mencorakkan penggunaan teknologi maklumat.

Soalan kajian:

  1. Bagaimana tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di sekolah
  2. Adakah terdapat perubahan minat pelajar terhadap proses P&P dengan pengaplikasian teknologi maklumat.
  3. Sejauh mana pengetahuan sedia ada dan pengalaman pelajar dalam teknologi maklumat dapat membantu pembelajaran pelajar dalam subjek Bahasa Melayu dan Perdagangan di sekolah.

Aktiviti 8: Tugasan 4 (Kajian tindakan Mini)

Cadangan Mengatasi Kelemahan Dalam Kajian "Penggunaan teknologi Maklumat Melalui Kaedah Kontekstualisme di Dalam Pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di Sekolah"

Refleksi Individu:

Guru perlu mempunyai kemahiran untuk memikat minda pelajar untuk meminati teknologi maklumat dan cuba mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Refleksi Kumpulan:

  • Kolaborasi dengan pihak pentadbir dan pengurusan sekolah untuk menganjur dan melaksanakan kursus pencarian maklumat. Kursus-kursus jangka pendek untuk guru-guru dan para pelajar dapat memberi pendedahan untuk diaplikasikan dalam P&P. Kesedaran pihak sekolah dalam membudayakan budaya IT dikalangan warga sekolah dapat megurangkan warga yang buta IT atau tiada kemahiran asas IT untuk mempersiapkan diri dalam persaingan era globalisasi zaman sekarang yang serba canggih dan memerlukan warga yang celik IT dan berpotensi menggunakan kemahiran yang sedia.
  • Pengawalan pihak guru ketika pengajaran di makmal komputer.

Refleksi Rakan Kumpulan Lain:

Menggalakkan penglibatan para pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dalam bidang IT (Kognitif, afektik, psikomotor) seperti memberi tugasan yang memerlukan penggunaan IT seperti power point semasa pembentangan, blogger untuk perbincangan atau e-learning.

Aktiviti 7: Tugasan 4 (Kajian tindakan Mini)

Kelemahan Pengajaran "Penggunaan teknologi Maklumat Melalui Kaedah Kontekstualisme di Dalam Pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di Sekolah"
Refleksi Individu:
Kaedah pencarian atau perolehan maklumat yang rendah kerana tidak semua pelajar mempunyai kemudahan dan kemahiran untuk mencari maklumat melalui internet.
Refleksi Kumpulan:
  • Tidak semua pelajar mempunyai minat terhadap teknologi maklumat(mungkin juga wujud golongan technophobia)
  • Pelajar gemar mengambil kesempatan terhadap peluang memasuki makmal komputer.
  • Kekurangan kelengkapan dan kemudahan teknologi di sekolah. Kelengkapan yang sedia ada hanyalah digunakan untuk kegunaan pelaksanaan subjek IT semata-mata dan tidak dibudayakan di kalangan pelajar untuk mencari nota, membuat latihan atau mencari nota-nota ilmiah berkaitan pelajaran seharian di dalam kelas.

Refleksi rakan Kumpulan Lain:

Terdapat sesetengah pelajar di sesetengah sekolah tiada langsung kemahiran IT kerana tiada disediakan subjek yang berkaitan. Ini mungkin disebabkan tiada kesedaran di kalangan pentadbir sekolah tersebu untuk membudayakan kemahiran asas ini di kalangan pelajar. Terutamanya di sekolah-sekolah di luar bandar, hal ini juga mungkin disebabkan kekangan sesetengah sekolah yang tiada kemudahan asas komputer di sekolah seperti di sekolah pedalaman.