Sunday, November 1, 2009

TUGASAN 3 (ii): Laporan Pembentangan Kajian Tindakan Kolokium Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Ambilan Januari 2009

ULASAN PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN-KOLOKIUM DPLI JANUARI 2009
Tajuk Pembentangan: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Pelajar Dalam Bab Ibadah Subjek Pendidikan Islam Melalui Teknik Pantun
Oleh: Nazirah Binti Alias dan Nurul Hidayah Binti Md Yatin

Penyataan Masalah
Himpunan topik yang pelbagai dalam subjek Pendidikan Islam memberi kesukaran kepada pelajar untuk mengingat fakta penting dalam sesuatu bahagian. Kebanyakan pelajar lebih menggunakan pendekatan pembacaan fakta tanpa mengingat fakta secara keseluruhan. Oleh itu, kajian tersebut dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan pendekatan pantun dan mengukur minat pelajar terhadap topik dalam bahagian ibadah dengan menggunakan pantun. Kaedah ini boleh memberi galakan dan menarik minat pelajar untuk memahami dan menghayati apa yang dipelajari.

Metodologi Kajian
Kajian tindakan ini dijalankan dengan menggunakan Gelung Kajian yang melibatkan merefleksi, merancang, bertidak dan memerhati.

Refleksi : Pengkaji telah membuat andaian bahawa topik-topik di dalam subject Pendidikan Islam mengandungi maklumat yang hampir sama, keadaan ini menyebabkan pelajar terkeliru dan kurang memahami terhadap subjek tersebut.
Merancang : Pengkaji telah mengumpulkan kaedah terbaik untuk menghasikan pantun yang baik dan berkongsi kaedah tersebut dengan pelajar.
Bertindak : pengkaji membuat semakan semula terhadap bahan yang diperolehi dan menerangkan kepada pelajar. Pantun-pantun yang dihasilkan oleh pelajar dikumpulkan untuk melihat tahap penguasaan pelajar terhadap penggunaan kaedah pantun dalam kalangan pelajar.
Memerhati : Pengkaji melaksanakan ujian di dalam kelas untuk melihat maklum balas terhadap kefahaman pelajar mengenai tahap kefahaman pelajar dalam subjek pendidikan Islam dengan menggunakan kaedah pantun.

Setting Kajian
Kajian ini dibuat di Sekolah menengah Kebangsaan Cheras Jaya selama satu bulan.

Sampel Kajian
Kajian ini melibatkan pelajar Tingkatan Satu Sekolah menengah Kebangsaan Cheras Jaya.
Pengumpulan dan Penganalisisan Data
Kajian ini menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpulkan data. Data yang telah didapati kemudiannya dianalisis untuk mendapatkan keputusan kajian.
Pemerhatian : Berdasarkan kepada pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji dan didapati pelajar menunjukkan minat apabila mereka dibekalkan sebuah buku kecil yang mengandungi pantun. Pelajar lebih mudah memahami dan mengingat fakta yang terdapat dalam setiap topik-topik subjek pendidikan.
Ujian : Pelajar didapati dapat mengaplikasikan kaedah pantun ketika menjawab soalan ujian yang disediakan oleh pengkaji. Hasilnya pelajar memperoleh kefahaman yang lebih berbanding tektik pengajaran guru sebelum ini yang lebih tertumpu kepada penerangan dan syarahan.
Temubual : Semasa bertanya kepada pelajar pengkaji mendapati bahawa pelajar seronok menggunakan kaedah pantun dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah tersebut membantu pelajar mengingat fakta. Namun terdapat sesetengah pelajar yang lebih gemar membaca buku nota.

Implikasi Kajian
Hasil daripada kajian ini, pengkaji mendapati pelajar lebih aktif dalam pengajaran dan pembelajaran serta berlaku peningkatan potensi pelajar dalam subjek pendidikan Islam.

Manfaat Perkongsian Ilmu Melalui Kajian Tindakan
Saya memperoleh ilmu mengenai kaedah dalam menjalankan kajian tindakan ketika berada di sekolah kelak. Sebagai seorang guru, pendekatan bijak perlu diambil bagi menangani sesuatu masalah yang timbul di sekolah. Prosedur kajian yang dijalankan juga perlu dilakukan secara sistematik untuk mendapat hasil yang terbaik.
Bersama Mencorak Warisan Anak Bangsa
Laporan disediakan oleh,
MOHD SAIFULLAH BIN ABD RAHIM
P51962 DPLI UKM 09

0 comments: